Sunday, December 11, 2011

Penafian

Penafian suatu penyeksaan.
Terseksa, bagai bernafas dalam lumpur.

Kenapa payah sangat untuk aku buat??
Kenapa gagal??
Mungkinkah aku perlu putus asa dan tinggalkan??

Sakitnya menahan.
Bencinya menafikan.
Siapa akan faham semua ini tanpa aku bicarakan dengan telus??

Suatu benda yang pasti, aku tidak suka akan penipuan.

Wednesday, November 30, 2011

kebenaran

Sekarang ini apa yang aku rasa adalah sakit. Tak tahu kenapa. Tak, sebenarnya aku tahu sebabnya tapi aku tak nak mengaku. Sumpah sakit. Tahan selagi boleh tahan.

"Cinta tak selalu bersama jodoh, tapi jodoh selalu bersama cinta".

Tuesday, October 11, 2011

itulah aku

cuba sedaya upaya menjadi yang terbaik. itu aku.

mampu suka dan gembira dengan segala yang diperoleh walaupun pada mulanya aku sedih yang melampau. itu juga adalah aku.

apabila aku suka dan mahu, aku beri sehabis dan sebaik mungkin mengikut kemampuan aku. itu aku.

mempunyai hati dan daya firasat yang agak kuat mengenai sesetengah perkara, sampai ada yang kata aku ajaib dan pelik. itu juga aku.

susah menerima teguran yang kasar daripada orang yang disayangi. itu aku.

soal hidup bagi aku urusan hati dan takdir, apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. itu kate aku.

hati sentiasa mendahului akal fikiran dalam sesetengah perkara. itu sememangnye aku.

mudah jatuh dan mampu bangkit semula setelah diri merasa cukup berada di bawah. itu juga aku.

sekali hati diberi, ia akan tetap kekal menjadi milik insan itu. itu aku.

suka menghindari orang yang menyakitinya secara tidak langsung. itu aku.

itulah antara aku dan diriku.. :)

Monday, August 1, 2011

Hakikat hidup.



"Jangan risau sekiranya tiada yang menghargai kita,
tapi mulalah untuk risau jika diri kita benar-benar tak b'harga"


"Sayangi diri untuk menyayangi orang lain"


"Belajar untuk sabar kerana sabar kunci kehidupan"


Teruskan berjalan e'in kerana perjalanan masih jauh. :)

Tuesday, July 19, 2011

pilihan ALLAH adalah yang terbaek..

Aku tidak tahu dan tidak pasti ketetapan yang telah diaturkan untuk aku. Segalanya bukan dalam bidang kuasaku. Aku hanya manusia biasa yang bisa merancang tetapi ketentuan hakiki hanya milik PENCIPTA ku. Hanya DIA yang maha mengetahui segalanya.

ermm..

Kalau masakan tawar, apa yang perlu ditambah adalah garam. Tapi jika hati pula yang tawar, apa pula yang perlu ditambah untuk memulihkan rasa itu??Kesalahan memang untuk dimaafi, bukan hati tidak mahu memaafkan. Hati sentiasa memaafkan walaupun bibir menuturkan tidak. Namun, jika kesalahan yang sama berulang dan sentiasa berulang. Fikirkan apa yang akan terjadi kepada hati.

Sebenarnya tiada kesalahan jika ditilik semula, cuma cara itu tidak sesuai dan tidak masuk dengan jiwa aku. Bukan aku tidak pernah cuba, aku sentiasa mencuba. Aku sentiasa kuatkan hati dan cuba pejamkan sebelah mata akan perkara tersebut. Tetapi, akhirnya aku kecundang juga bila hati ini tidak mampu lagi menelan segala dengan baik. Hati sakit.

Aku sering terfikir, mungkin sekarang senang untuk aku menghukum itu satu kesalahan. Mana tahu satu hari nanti aku dituntut menghadapi situasi seperti itu. Jadi, aku kembalikan rasional aku menimbang semula perkara tersebut. Entahlah.

Memang seronok dan bahagia jika penyatuan jiwa itu adalah dengan orang yang kita cintai. Tapi percayalah berjayanya satu penyatuan jiwa yang sebenar adalah sama-sama saling menjaga hati masing-masing dan sentiasa menjadikan tanggungjawab sebagai perkara utama. Sekarang tanggungjawab belum lagi menjadi topik utama tetapi dalam menuju ke alam tersebut diri perlulah dididik ke arah itu. Perlu membiasakan diri untuk menghadapi alam tersebut agar kemudian masalah serius tidak akan timbul.

heh..

Kenapa aku tiba-tiba cakap pasal soal nih ye. Ini semua sebab gara-gara majlis kakak sedara aku yang berlangsung hari sabtu yang lepas. Nengok dorg, tiba-tiba hormon serius aku terpercik dalam diri dengan begitu banyak. hahaha. Yerlah tuh. Nih nak melencong sikit ni, untuk pertama kali aku masak untuk makan adab2 pengantin. hohoo. Aku wat masakan sweet sour ikan bawal dan segala decoration yang ntah apa2 tuh adalah hasil kerja aku. hahaha. Lantak lah asal ada kan. Tapi nak bangga cket lah kt sini, masakan aku licin wey. Sheronok betol bagi orang makan.

Untuk pertama kali dalam urusan majlis perkahwinan, aku amek part dari awal sampai akhir. Tak ckup tidur dan rehat. Tapi aku hepi sangat. Tolong potong2 sambil bergosip dan kelam-kabut masak nasi minyak. hahaha. Sheronokkk sangat. Sangat happening, ini baru dikatakan majlis kawen!!..hehehe..

Cuma aku tak tahan bila orang asek cakap pasnih adalah majlis aku. Yerkeh majlis aku. Hati pun dah tak bpe nak kawen. Bukan sebab aku tak nak tapi aku terlalu banyak faktor yang menghalang diri ke arah itu. Bisakah aku dapat layanan macam seorang puteri seperti yang ayah pernah bagi kat ibu??..Begitukah sifat pemilik tulang rusuk yang ku pinjam ini.huuuu.

Sebagai pengakhiran entri kali ini, aku ingin titipkan serangkaian doa. Jika benar dye adalah pasangan terbaekku yang telah tercatat di arash-Mu, maka KAU kurniakanlah kesabaran yang tinggi dalam diriku menjaga hubungan ini. Berkatilah kami ya ALLAH. Ameen.(n__n)(^_^)

Tuesday, July 12, 2011

perlu.

aku perlu istikharakh untuk bantu aku mencapai satu kata putus. ya ALLAH. aku takut dengan segala kemungkinan yang bakal aku hadapi. memang kehidupan ini realitinya tak akan lari dengan dugaan. itu aku sedar.

tapi aku mahu keselesaan menghadapi hari2 mendatang. kerana aku perlukan environment yang chatekk untuk melalui hari mendatang. aku perlu kuat.

bukan senang peluang sebegini datang. aku kne fikir masak-masak, jangan buat keputusan terburu-buru. aku ada family, dye dan kwn2 terdekat yang aku percaya akan sokong aku dari belakang.

aku b'keras tak mahu jalan ini sebelum ini tapi kini apa yang jadi. jelas terjadi. kalo dlu aku tak terbuka mendengar sebarang penjelasan. tapi kini atas nasihat ibu ayah dan si dye, aku mengambil langkah permulaan dengan mendengar penjelasan jalan itu.

sesuatu yang ALLAH atur itu adalah lebih baek dan chatekk, ak percaya ini. apa pun langkah yang aku ambil lepas ini, aku mohon aku bahagia dan enjoy dengan kehidupan aku. doakan aku bagi sesiapa yang membaca entri ini. ;)

Monday, July 11, 2011

persimpangan..

buntu!xad klu. apa yang terbaek sebenarnya untuk diri aku ini. susahnya bila diri berada di persimpangan jalan. takut tersalah langkah.

mana satu yang terbaek untuk diri ini. ya ALLAH, kuatkanlah hatiku. janganlah KAU bolak-balikkan hati ini setelah satu keputusan tercapai. yakinkanlah diriku ini dengan keputusan yang sebaiknya.

mujur tak ada kerja yang sangkut, cne nk sangkut kalo anta pun cm xanta jeh. hahaha. kalo tak lagi parah. lagi jadik sangat2 berada di persimpangan. orang terdekatku menasihatkan aku mendengar dan berbincang dengan pihak terbabit. seterusnya, keputusan akan dicapai di kemudian hari.

okeh. sebenarnya apa yang aku inginkan dalam hidup ini.

..Kuatkanlah hatiku ya ALLAH dalam satu keputusan yang dipegang. semoga keputusan yang diambil nanti memberi kebahagiaan kepada diri ini..
Doakan saya semua~ ;)

Tuesday, July 5, 2011

susah

susahnya ada ingatan dan perasaan macam ini. kenapa aku perlu godek dan menyakitkan hati sendiri. ya ALLAH. Farahin oi, tolonglah hargai perasaan ko dan diri ko. jangan saketkan diri sendiri lagi. tak ada kesudahannya, padam segala yang mengacaukan itu dan terokai yang baru dengan hati yang terbuka.

apa hikmah di sebalik semua kurniaan perasaan yang ada dalam diri aku ini. huhuu. ntahlah. penat rasa menahan perasaan dan memendam segala. kalau diluahkan pasti keadaan tak sechatekk sekarang.

jadik, lebey baek aku diamkan. insyaALLAH keyakinan itu akan menjadi semakin utuh. aku yakin. aku perlu lebey terbuka dan berlapang dada dalam menerima segala kemungkinan.

ya ALLAH, KAU redhailah segala tindakan diri ini. lindungilah aku ya ALLAH. aku tidak tahu aturan bagaimana yang telah KAU tetapkan tetapi aku yakin aturan KAU lebey chatekk dari aturan diri ini.

terima kasih ya ALLAH atas segala kurniaan kepada diri ini. diri ini hanya hamba yang kerdil dan tidk punya apa-apa. mohon kekuatan dan keceriaan dari-MU ya ALLAH.

semoga esok dan hari mendatang lebey baek dari hari ini..ameenn~~ ;)

Friday, June 24, 2011

pengaLaman dalam keNangan~

Tajuk kalo bley nak belit2. hahaha. Ntah ape-ape ntah. Pengalaman yang aku maksud kan adalah pengalaman menggetel kopok lekor sndri dan membuat fish ball sndri.

Macam-macam benda yang aku blaja. berkongsi segala cerita dengan peserta. Kursus yang aku pergi nih memang agak mewah. Besh tol tempat penginapan dye. heheh. Makanan pun besh2, sodappp. Bertuah sangat rasanya diberi peluang mempelajari sekaligus menambah ilmu pengetahuan serta pengalaman aku.

Dalam kursus nih aku berkenalan dengan pelbagai jenis orang yang berlainan latar belakang, gaya hidup tapi satu benda yang aku dapati ada persamaan dalam semua peserta ini iaitu bisnes-minded. Sume pk duett~

Aku lak pk cne nak tukar2 resepi ikut tekak aku. hahaha. Itulah aku. Suke meno men tukar2. hak3~ Tak sabar nak wat tapi apa kan daya semalam badan tidak chat sangat. Lagi pun aku letey yang amat.

Seronok sangat aku pergi berkurusus. Seronok kenal ngan cik mek, kak asmah, kak no, pak chek azizi, cikgu tahir, encik wadi dan 3 org dak praktikal dari UMT. Aku enjoy sangat. Cme ada satu hal yang wat aku rse tensi dan bengang. Tapi tak peh, overall beshhh~ hehh..

Petang2 aku wat foto-shoot ngan fiqa. hahaa. Besh tol maen kamera. Dua-dua ngennggg~ Bahagia tol maen kamera. Acik2 dalam rumah 1-09-04 pun gler camera. hehe. Sporting koot mereka itu.

Thanx incik Rosman beri peluang kepada kami berdua join kursus ini. Terima kasih ALLAH susun kan aturan yang chatekk ini untuk diri aku. ;)

Semoga semua insan yang aku jmpe di kursus itu mampu menjadi usahawan yang berjaya. Ameen~ ;) (sok nk jmpe dye..yeay2!!)

Tuesday, June 14, 2011

matang dah koot~

hohoo..

Mungkin disebabkan bertambahnya kematangan koot. Aku rasa aku sangat2 laen lah. Ntah cne aku nak cakap dengan ayat yang sempurna ape yang dah jadi ngan aku sekarang nih.

Cne pun aku nye sifat keanak-anakan itu masih belum dapat dilupuskan lagi. Payah koot nak buang dari diri nih sifat keanak-anakan aku itu. Kekadang aku rse sifat sensitif aku tuh tak bertempat tapi orang keliling aku kate memang sepatutnya aku rse gtu.

Pape pun bila rasional aku kembali pulih, segalanya kembali seperti sedia kala. InsyaALLAH aku akan dapat diri aku yang itu beserta diri yang makin matang. hahaha. Yerlah tuh matang e'in oi. ngeehh~

Adakah aku terlalu slumber sehingga ada yang berfikiran aku ini tiada perasaan??..huh..

..ttbe hilang punca nak tulis, so aku stop dlu lah. bye semua..;p

Thursday, June 9, 2011

maCaM - maCaMLaH~

Okeh, fine!! Aku kena jaga opis lagi sengsorang. hrmm. Nk wat keje kat blakang tak ley sebab kakng kalo ad orang datang atau bunyi tepon kang tak sedar plak. So, nak tak nak menepek lah mke ngadap skrin komputer nih.

hohoo..

Tadi aku kena tpu. Ciss. Cmneh lah ley tak cam suara dye. Hadoi, malu bsar btol aku!!.. Tapi ngan dye aku rilex jeh koot, cool jeh. Ngekk tol kena maen, mentang2 aku nih tak panah knal Pengarah Perikanan lagi,sesedap dan sesuka hati jeh ngenakan aku.

Aku tak mara pun sebab aku tengah bosan nih. Surat permohonan dah siap. Tinggal nak susun lek fail baru buat. NAk buat tak ley sbb kang tak ad orang jge depan lak. Haishh. Tak pasal kang kalo phone tak berangkat aku jgak yang akan dipersalahkan.

Klakalah orang nih, ngan aku formal abeh. The way dye cakap cm segan2 dan btol2 susun kate. Dlu kate takot nk cakap ngan aku masa mula2 kami kenal sebab katenya aku nih cam ustazah. wooo. Gelak cket korang yang btol2 knal ak. Sumpah lari jauh wey. Aku nih kasar koot, xad lemah lembut sgt.

Hak3..

Selalunya 1st impression orang kat aku adalah seorang budak yang sangat baek dan skemma-mema. huih. Npe ye??..

Hahaha..

Klaka pun ada kadang2, janganlah formal sangat ngan aku. Adoi. Aku pasal2 aku jadik kekok-mekok. Suka hati jeh aku nih eja dan cakap. Ntah bahasa ape aku pakai. Ini nak jadik cikgu bahasa, hentikanlah. hahaha.

Mereka sangat menghormati aku dan yang ini aku sangat selesa. Thanx ntuk mereka2 ini, saya suka sifat budiman kalian. heh.

Tapi kan sebenarnya dan realitinya aku nih tak adalah skema sangat. Skema sikit jeh koot. hehe. Ske ikot protokol dan peraturan tapi ada kalanya aku ske langgar semua nih. hehehe. Walau cne pun aku tetap tak bpe ske duk dalam majlis yang penuh protokol kerana ianya merimaskan. Sangat merimaskan. huh!!

Kenapa segan nak berborak ngan aku??Sebab aku nih nampak amazing sangat keh??atau sebenarnya tak ada selera nak cakap ngan aku. I'm not much fun person to know. hahaha. Perlukah ntuk kau tahu semua ini. Btw, actually i'm respecting u as my bosh dan kagum ngan pencapaian position kamu ini.

Selain itu, saya kagum dengan cara anda menghormati personal life orang lain. Semoga hidup anda diberkati dan dimurahkan rezeki. ameen~~

Hope aku ley dapat gud marks for my intern nih. ;)

Wednesday, June 8, 2011

Status e'in kini.. ;)

Hye2..

Lama dah rasanya aku tak menghupdate blog aku nih. Dah bersawang dah agaknye.hohoo. Bukan peh, aku bz lah. Kijo.Banyak gak kijo aku. Maen fail, wat reoprt lawatan, blajar lakar kolam, learn about aquaculture dan memacam lah.

Aku bahagia berLI sebenarnya, tapi kekadang kemalasan memuncak ada gak melanda. Walau cne pun stakat nih aku masih lagi bley overcome penyakit malas yang memuncak tuh. Okeh tadi aku dah check result dan aku sangat bersyukur dalam terkejut.

Aku dapat result tak macam aku sangka. Mana taknya, aku tak study. 3 paper terkorban dan hangus cmtuh jeh. Aku tak study, sbb sibuk membetulkan latihan ilmiah aku. Aku masuk dewan periksa ngan harapan soalan berada dalam range pengetahuan dan pasrah jeh.

Aku tak tawu lah cne, tapi aku sangat2 terefek ngan latihan ilmiah aku. Walau cne pun, aku puas hati dan bersyukur ngan ape yang aku perolehi. Alhamdullillah dengan segalanya. Aku btol2 sangat bersyukur ke hadrat illahi. Wah, skema dah ayat aku. hak3.

Okehlah disebabkan aku dah lama tak hupdate blog nih. Meh lah aku cter keadaan dan status aku berLI. Before dis, aku berLI sekejap kat MBSA Shah Alam dan sekarang di tempat sendiri. hehe. Aku bahagia berLI sebab dapat teman sekepala, seperangai dan background lebey kurang. hak3.

So, many2 cter we ol nak cter and share. Dye sangat2 talkative. hee. 1st day jmpe dah cter memacam ye. hahaha. Gosip2 segala. Sempoi dan sengal. Same ngek plus ngengg~~~

Dye lagi muda dari aku sbb dye bdak 2nd year. Dye banyak ajar aku biologi dan secara tidak langsung akunye ilmu pun bertambahlah. Dye belum lagi wat tesis, dan tajuk tesis dye mengenai horsehoe crabs. Tak pepasal aku pun blaja dan terexcited sme. hahaha.

Sengal tak. Tak adalah sengal sangat. Bese2 jeh. hehe. Lupe plak nak btaw nama dye. Nama dye fiqa.ngeehh. Teman dan kawan bercerita aku. Tapi, tapi..dye LI sampai bulan July jeh. huhuu. Pastu aku keseorangan lagi. Jadik pendiam lah aku blek nampaknya.

Thanx ya ALLAH tempatkan aku di sini. Sesuai dengan tahap dan cara aku. Maceh agt2 ya ALLAH tempatkan buah hati aku gak di tempat yang sesuai dengan jiwa raga dye dan dekat ngan aku. hehehe.

Segala yang berlaku ada hikmahnya. Cme status aku sekarang adalah dalam mood kebingungan iaitu aku masih blur2 ngan ape yang aku buat. Aku seolah2 hilang aim dalam hidup. huh. Ntah lah, tetbe aku rse aku macam tak tawu ape yang aku ske.

Macam mana nih. Apa dah jadik ngan aku. Ada jalan senang, aku pilih jalan susah. Aku selalu camtuh. Knape ntah aku lebey prefer pilih jalan susah dari jalan senang. Adakah kerana ego yang terlalu tinggi atau ape sebenarnya??..hrmm.

Aku nak cbe buat sendiri dulu dan kalo aku btol2 dah lost baru aku akan terima segala offer. Itu pun kalo offer tuh dah tak expired dah. hohoo.

Ckup dah bercakap perkara yang wat pale aku berdenyut2 memikirkannya dan berkerut bagai. Ada lagi benda yang aku nak ksi tawu nih, hari tuh for the 1st time aku jadik pengapit. Menjadi pengapit adalah mende yang paling aku tak nak dan sangat nak elak sejak aku tawu nti akan hilang seri mke. Orang kata lah dan aku sedikit sebanyak terpengaruh.

Tapi disebabkan mak cik aku mintak tolong sangat2 aku pun bersetujulah. Dye siap ksi pnjam baju, aku amek jeh. Tapi last2 aku pakai bju aku gak. Aku nih hanya akan konpiden ngan baju sndri jeh. Baju orang konpiden xbpe nak ad, agpun bju dye bagi tuh sgt blink2 ye. Kang xpasal orang kompius spe pengantinnye. hahaha. Perasan gler lah ko nih e'in oi.

Aku tak nak lah sme or over dari pengantin. Aku nak simple2 jeh, kebetulan aku nga heavy period. Sumpah rse tak selesa kalo pakai bju orang. Jadik aku amek keputusan pakai bju aku. heh. Dah pas maen kipas2 kat pelamin, aku blah. hahaha.

Nampak meno aku nih tak pro dan hati tak bpe nak ada sangat jadik pengapit. Kalo pengapit ntuk kengkawan rapat tak peh lah. Nih mak chek aku nih aku tak ada lah rapat mana pun, tapi bley lah. Dye slalu jeh datang UKM sebab nak cri maklumat. Stat dari situ lah aku dah mula tawu pasal dye dan pasangan dye nih.

Tapi tawu2 cmgtuh jeh lah pun. Tak ada lah nak bz body sangat pun sbb memang aku tak ada masa. Sebab aku bz ngan mende laen. hooo~

Sem nih macam2 aku blaja dan buat. Pengalaman btol lah. Hope aku dapat jadik lebey matang. Ttbe kan aku sekarang rse nak jadik pendidik lah. Nak jadik cikgu, cam besh jeh. Ntah lah. Cikgu e'in. hehe.. keh Cikgu Aein..waaaa..besh2. heh..

Ape ye yang sesuai ngan aku nih. Ngan karakter aku yang ntah pape nih. Ngennggg. Kekadang rasa nak sangat2 buat ape yang sangat2 aku ske tanpa fikirkan perasaan yang laen. huu..

No2,aku tak ley pentingkan diri sendiri. Aku kena fikir ntuk jangka masa panjang. Kesan dan akibat segala tindakan aku. No play2 anymore ye e'in. Ckup dah!!..hehh..

Sebagai pengakhiran.."HIDUPLA DENGAN WARAS AGAR TIADA PENYESALAN DI KEMUDIAN HARI" hahaha..ntah pape jeh!!.. ;p

Doakan aku bahagia selalu ye semua dan berjaya dalam hidup.

Tuesday, April 26, 2011

::..bila perkara yg tidak sedap didengar keluar..::

Huh. Lately nih kan, kesabaran aku sentiasa diuji. Makin banyak aku serap dan tenang, makin banyak yang datang menguji. Sabar e'in, ape pun yang dikatakan kau tak boleh mengalah. Jangan pernah sesekali mengalah dan berang, senyum jeh. Paling penting balasan tuturan ko tetap tenang dan lembut.

Cbe berlagak ramah, walaupun dalam hati rase nak menjerit. Hahaha. Sabau jeh lah aku. Alhamdulillah, satu-satu perkara yang memberi tekanan kepada aku hampir selesai satu persatu. Sumpah penat, tapi aku pelik sebab aku tak pernah serik. Walaupun mulut aku kate serik tapi perlakuan dan perbuatan aku tak menunjukkan sebarang tanda bahawa aku serik. Hahaha.

Ngek!!

Ya ALLAH. Apa pun yang terjadi selepas ini aku bergantung kepada-MU kerana hanya KAU sahaja yang mampu mengubah segalanya. Permudahkanlah segala urusanku di dunia ini ya ALLAH. Berilah ketenangan dan akal fikiran yang cerdas untuk menyelesaikan semua masalah yang aku hadapi.Berkatilah hidupku ya ALLAH.

..sok exam,permudahkanlah aku ya ALLAH..lusa pun exam lagi, aku mohon semua yang keluar di dalam range pengetahuanku.. ameen~

tak sabar nak abehkn degree nihhh..wuuuu~


Wednesday, April 20, 2011

liku menuju kenangan..

Esok bdak bio marin dah last paper, maka maknanya peluang untuk ketemu mereka2 ini sangat tipis. Korang sok wat yang terbaek untuk paper last korang taw.

Aku dan oceanographers yg laen masih bertahan dan bertepek di UKM terchenta nih sehinggalah 28hb iaitu paper terakhir, METEOROLOGI DINAMIK. Tapi degree masih bloom lengkap, masih ada 6 unit lagi yang perlu aku dan dak2 marin selesaikan untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Laut.

Huhu..

Ada yang berkumpulan LI, ada gak yang sorang-morang. Contohnye cam Auji, A'idah, aku dan mereka2 yang akan bersorang menghadapi LI. No more kawan2 marin bersama. Huhu. Terkontang-kantinglah sorg2 nanti. Fine, aku cuakkkszzz~

Cne pun tahap kecuakkan aku, aku kena gak hadap mende nih. So, mari positifkan diri dan suasana. Hehe~

Pasnih, masing2 bawa haluan sendiri dah. Balik ke tempat asal masing2. Jauh. Cme kenangan jeh yang akan wat kte semua rse dekat. Aku akan rindu korang, aku juga akan kenang korang. Itu aku yakin dan pasti.

Nti kalo ada yang rajen, dalam mase 2-5 taon dari skunk untuk wat reunion. Aku akan tolong, tapi untuk aku jadik kepala yang m'organize cm payah jeh. Tapi pape pun ,aku hope sangat ada lah nti reunion Marine UKM '08/'11.

ALL THE BEST korang sume untuk kehidupan korg pasnih. Sayang sume dak UKM terutamanya "kanak2 marin 'o8/'11" nih.

okiesss lah. sebak dah rsenye nk meneruskan entri nih, cam xbpe nk mampu dah. Kte semua akan jauh dan bz dengan kehidupan masing2, tapi kenangan akan wat aku rse dekat ngan korang sume.

n__n

Monday, April 18, 2011

tak pandai tuleh da..

o0wh..manyaknye sawang kt belog ak nih. haih. nampak sangat usang. hahaha. tapi tak peh, bukan ada yang menjenguk pun.

keh3.

yerkeh?btolkah??..

disebabkan ke- bz- an + kengekan atau senang kate penangan tesis di saat akhir mahu menjilidkannye buat ak sangat2 terseksa. tak pernah rse terseksa cmnih sebelum nih ngan tesis.walaupun terseksa tahap dewa cmnih, tapi aku rse aku blo0m serik lagi koot.

cdeynye bler mengenangkan akan berpisah ngan kengkawan marin. ye, ak memang tak rapat mana. tapi jujur aku kate, aku rse kehilangan yang amat sekarang nih. dah lah aku LI sowg2. huhu.

sedihnye tak ley maen air sme2 lagi. huhu. tak ley berjoyah n kiah2 sme2 lagi. gosip sne sini. rndu makan di kafe beramai2. rndu itu semua.

sekarang tak nak rndu ukm lagi, sbb kompem adik aku akan ke sini. memang nampak gaya cam pat bradik nih akan beranak pinak di UKM. sengal. tak variasi langsung. hahaha.

aku baru berangan adik aku ke UTM. mo jalan2. hahaha. teringin gak mo masuk nengok UTM tuh. heh~

pastu aku soh adek ak yang laen masuk UIA, tak pun USM. wah, seronoknye. ley jalan2. keh3~

rabu nih aku ad exam, satu hape pun tak bce lagi. okeh, itu tpu. ada lah ak bace, tapi bagi aku secipooot sangat. tak ley mendatangkan konpiden dalam dri untuk menipu a.k.a mengoreng dalam paper tuh nti. hak3~

aku memang ske menipu dan manipulasi dalam setiap paper yang aku jawab. hahaha.

itu cre aku blaja. aku sarankan sila jangan tiru. kerana ia akan membawa kepada kesengalan dalam hidup.

satu benda yang aku perasan sekarang nih adalah aku tak pandai menulis dah. kalo sekrang korg soh aku amek bentuk2 penulisan tuh. kompem2 aku takkan dapat A. kompem. sebab kebluran tahap maksima ak nih datang bersama cara pengolahan yang sangat lemah.

huhuhu..

cdeynye. tak pandai mengarang dah. menci2. sob3~ nih sume gara2 tesis. motip tol aku nih salahkan tesis ku yang tak berdosa itu.

mari belajar dari kesilapan dan kegagalan hidup. tetiba jeh. e'in, sila kuatkan diri anda untuk hari2 yang mendatang. kerana ianya baru sahaja bermula. :)

Thursday, April 7, 2011

viva xlah seterok yg ak bayangkan..

Hahaha..

Viva tadi tak adalah seterok yang aku banyangkan. Sesunggunhya aku memang complicated dan ske psiko diri sendiri pastu nanti orang yang mudah percaya kata-kata aku akan ikut aku. Hadoi. Dasat tol aku nih.

Pada hal, ley gelak2 bagai ngan lecterer dan aku mampu jeh goreng ngan baek ape yang ditanya tapi aku ada masalah besar kerana tesis aku bermasalah. Bagi aku masalah ini adalah besar kerana pada ketika ini aku rasa nak muntah dah ngan tesis aku tuh.

Tak nak dah betolkan. Tapi mistake yang aku wat adalah mistake yang telah aku jangka. Aku wat silly mistakes. Malu besar pada diri sendiri dan masyarakat awam.

Gilo!!..

Pape pun tahniah kepada diri sendiri kerana telah berjaya mengharungi viva yang menarik itu. Bak si Ipin. Viva menarik, dye yelah menarik minum bagai kat dalam tu. Tak mampu aku nak tunggu dye abeh, perut aku dah berkeroncong zapin bagai dah tadi.

yeahhhh..penyeksaan batin dah lepas..tnggal yg zahir..semoga aku dapat m'habiskan semua ini dengan jayanya~~

ooo0oo..tesis..baru sekarang aku rse kau sungguh menyeksaku. Selama ini, aku bahagia ada kau denganku.

yeay!!Dah nak habis. Bestnyerrr~~ Mari mulakan hidup baru. ;)

Monday, April 4, 2011

..:: berdebar seram ::..

Aku berdebar seram. Sesungguhnya aku dapat rasa bakal dihentam trox oleh para pensyarah nanti. Aku mohon supaya diri ini mampu hadapi dengan tenang dan tabah.

Takoot sangat2. Aku rasa ape yang aku wat tuh cam "******". Tapi ape pun itu adalah usaha aku, 100% usaha aku taw. huk3~

Aku bangga dengan usaha aku itu tapi aku takoot + cuak ape yang aku wat tak menepati citarasa para pensyarah esp. my PEMERIKSA. Kapokk!!..

Huhuu..

Kalo aku nanges cne??..huuu~

Ya ALLAH, bantulah hamba-Mu ini. Berikanlah kemudahan kepadaku dalam melalui liku2 terakhir sebagai seorang mahasiswa ijazah sarjanamuda. Kurniakan ketenangan yang lur biasa seperti yang KAU pernah kurniakan kepadaku semasa dahulu.

Fasihkanlah lidahku untuk bertutur dan cantekkanlah pengaliran idea di dalam mindaku ya ALLAH. Aku mohon juga kekuatan daripada-Mu ya ALLAH. Hanya KAU yang paling berkuasa dalam menentukan semuanya.

Ameen~~ :) *kalo ad mistake pun, hope cme minor jeh*

Wednesday, March 30, 2011

o0whh..xnk trime knyataan,ptg jap lagi kls yg t'akhir ngan marinerzz..

Sebak. Sedih. Sume ada. Satu2 kenangan bersama masuk dalam entri kepala otak aku nih. Tacin. Tak nak trime kenyataan petang nti adalah kelas terakhir aku sebagai degree student marine dan kelas terakhir dengan kanak2 marine.

Huwaaaa~~

Korg, jom lah kte sambung reramai. Sambung wat cam kelas degree kte. Haha. Orang gilo. Aku nih pun nga berada di persimpangan jalan. Hati sangat2 nak sambung tapi kondisi tak bprape mengizinkan. InsyaALLAH ada rezeki adalah diri ini menyambungkan studieeesss.

Salwa sarmin,ko wat aku tacin' berganda tawu x??Nak gak salahkan dye, pada hal aku memang sedia tacin'b4 dye post yg baru akan jadik lame. Pastuh dye ngetaq kt fb pic tuh. Tacin'. T_T.

Spe nak teman aku makan bekpes pasnih. Selalu dak2 marin, especially dak oseannn. Habeh kelas jeh trus hah menuju ke kafe. Berjemaah sme2 menikmati makanan. Nk ada korg lagi. Mahu korang lagi.

Aku sme cam eja. Dulu zaman sekolah n matrix, tak sabar nak habeh sebab tak sabar gler nak masuk U. Sekarang nih, berat hati nk tinggal kn U. Sebenarnye berat hati nak tinggalkan korg (marinerzz).

Mahu pergi makan angen (fieldwork/fieldtrip) ngan korg lagi. Mahu tdo dalam khemah bocorr. Mahu makan bbq di tepi laut, maen unggun api.Kalo tak ada duet, spe2 jeh ley jadik bank sementara aku. hahaa. Aku tak banyak sangat kenangan melagha bersama marinerz, tapi adalah gak lah senanye. Walaupun secipo0oot, akan ku hargai.

Sadissss. T_T.

ALL da BEST korg!!..Jangan pernah putus asa dalam mencari bahagia hidup. Semoga kebahagiaan dan kejayaan sentiasa mengiringi korg. Aku akan tumpang gembira jika kalian berjaya dan bahagia.

**pesanan penting aku**
..sila jangan lupe mengundang beta, walaupun proot beta xbesar mana. tapi kapasiti nye ley tahan lah. beta bisa m'bantu dalam mengabehkan nasi minyak spe2 di antara kte. tanpa beta kurang meriah lah majlis itu.. (hahaha..statement last sgt ntah pape)

Thursday, March 24, 2011

week-week afta dis..

next week..wuarghhh~~

my last lecter2.cdey.pasnih dah tak yah p kelas lagi. nak p kelas lagi, nak maen2 ngan kawan marin lagi. nak jadik student lagi.

aduhai..pehal aku cdey nak mati nih. cdey. sebak. sume ada. tensi pun ada gak nih. sape nak nolong ak edit kn gaya UKM nih. saket jiwa hah nih den wat mende alah nih. was2 tinggi meno hah.

seram. coz bakal disemak oleh pemeriksa yang sangat2 tajam penglihatannye hatta kesalahan sekecil kuman. hadoi. haha. tapi ini sume ak tipu jeh. haha. tak takut pun cme cuak jeh. pada hal seangkatan jeh. orang gila!!..ga3~

next week nih, ak present biogeochem. yeah!!..satu hape pun ak tak wat lagi. haha. itulah hakikatnye. selenium cycle. ada idea x dye nih cne jeh??..anyone??..

aku no basic idea 1st time nampak si selenium nih. xpenah nak hamek kesa sangat pun pasal dye, mentang2 lah dye nih slalu jadik minor element (tp ini cme pandangan via pengetahuan ku yg secipoott ini). gu3. aku m'perkotak-katikkan dye, hamek ko. ak kena wat SELENIUM dah.hahaa..

tapi kn next week, iaitu penghujung hari bekerja bersamaan dengan 1 APRIL 2011 (JUMAAT) a.k.a apRil fooL , aku kena hantaq draf tesis untuk pemeriksa dan penyelia semak. hahaa..

pastuh da following week, iaitu bersamaan dengan 7 APRIL 2011 (KAMES),pukul 2.55 p.m~3.20p.m aku akan b'viva. hak3. pastuh. abeh dah penyeksaan itu untuk seketika. den p lahhang btoikan tesis hang tuh. i hope sangat2 juz kesalahan minor.

kemudian dapat lah, aku bertenang untuk ke pertempuran sem ini. pertempuran terakhir ku kira. 3 minggu aku akan bertempur. paper last adalah pada 28 April 2011. bbasya!!..ngee~

pastuh pergi lah aku ke LI. tp aku kne hamek ilmu dari atikah tajul dahulu, pasal aquaculture. buat persediaan awal2, kate nak p wat kt tempat ikan2. ak tak tawu pape pasal ikan, aku cme tawu makan ikan dan tawu ikan itu chatekk kalo warna dye menarik. den aku cme tawu ikan mesti kena hidup dalam air. hahaa. sesungguhnya aku ini sangat lah cetek ilmu nya pasal ikan. haishhh~~

pape pun ALL THE BEST untuk diri sendiri. yeah!!..BbasYa!!..ngee~ dush3.. ;p

untuk marinerzz yg laen ALL d' Best jugak yer korg. i'll mish uollss sume nti. adoyai. sebak nye..huhuuu~ T_T

Sunday, March 20, 2011

bila mempersoalkan sesuatu yang subjektif..

Apabila mempersoalkan sesuatu yang subjektif, ak jadi lemah. Rimas pun ada. Kerana suatu yang subjektif ini tiada betul atau salah. Ini semua bergantung kepada individu. Seratus-peratus pandangan individu.

Jadi, apabila meminta pandangan aku dalam hal subjektif ini. Tolong jangan pertikaikan jawapan yang diberikan. Tiap individu mempunyai cita rasa dan pandangan yang berbeza. Sebenarnya, ini juga adalah peringatan untuk aku jika aku dikritik atau dikondem pape yang tak sedap untuk didengar @ apabila manusia itu tidak sependapat ngan aku.

Sabaq na e'in..

Kalo aku kata orang tuh hensem, maknanya orang tuh hensem di mata aku. Walaupun untuk orang laen dye bese2 jeh. Den, if i said dat person "bley lah..", it mins orang tuh hensem lah jugak. But juz lite2. Ini semua subjektif lah. Tak ada kayu ukur sebenar atau skema jawapan untuk hal sebegini.

Kehenseman, kecantekan dan kesedapan adalah antara contoh suatu yang subjektif. Perkara-perkara ini tiada betol atau salah. Kerana pendapat seseorang itu tiada yang dapat membataskannya. Hal ini kerana ianya adalah hak individu. wikiki~~

###..subjektif itu seni..###seni individu###..semua memilikinya..###

Sunday, March 13, 2011

Marinerz di Kayangan MARDI..

Kebanyakan kengkawan aku dah cter dah kayangan nih. Aku baru hah terhegeh nak cter. ngehh.. Al-maklumlah bz kununnye. keh3~

Tapi seriously memang dis weekend aku agak full. wuuu~

Saturday aku dah ad org booked, wikiki~ So, bukan milik aku sdn.bhd. heh..

Okehlah, mari kembali ke pangkal jalan setelah melencong sana-sini. hehehe. Jumaat malam sabtu aritu bersamaan dengan 11hb Mac 2o11. Suatu majlis makan malam tahunan Sains Laut telah dilancarkan dengan jayanya.

Syabas kepada penganjur,khas buat KP (Hanum) yang sabar dalam handle mende alah nih. Akak paham deq, akak pun penah merasai kebengangan tahap dewa itu. Pape pun korg terbaekk lah juniorku~ I enjoy koot dat nite. hee..

Majlis tuh sangat2 besh, penganjur pnyer idea mmg superb lah. Luv u lah. Sangat rasa diraikan, aku rse dak2 3rd year yang laen pun sependapat ngan aku. Best gler makan, walaupun tak bpe nak kenyang. Tapi bestlah malam tuh.

Hehehe..

Di kesempatan ini juga, thanx untuk mak andamku untuk dat nite. Wida. Aku tak rancang pun nak menconteng diri, tetiba ada orang mahu mencontengkan dan aku pun pasrah jeh lah. Den, ttbe aku jadik excited bler geng bus DIVA, sume mencontengkan muka. hahaha.

Paling comey si Cim @ Laila. Comey gler. Sungguh2 hah dye mencontengkan mata sekaligus menaikkan seri muka. hehehe.


Nih lah suasana bus DIVA..haha..heaven koot nek bus nih~




nih adegan sebaek sahaja twun dari bus..huk3~
keNangaN agak keLat untuk ciM..
tapi pape pun u still vogue lah yang!!


pic nih dirakam time dorg sume bz men tacap2..smpai2 truih serbu toilet..perempuan2..
hehh..termasuk ak gak senanye..


wo0okehh..nih geng meja aku dinner rituh..4 boyz+4gurlz..
duk sini sume kebetulan, tak rancang pun nak meja sme..
men serbu jeh peh yg ada..pape pun meja nih mmg besH lah..


nih lagi sorg membe meja dner aku..
dye lah yg amek pic kt atas tuh,tuh yg xad dye tuh..
nih photographer b'jaya yg diimport khas ntuk merakam
pic d' MAJLIS BERPRESTIJ nih..haha..
sukak2 jeh ak~


pic nih diamek pas abeh dah mkn2..
time nih nunggu masa ntuk pulang jeh..
lcterer kbykan dah balek..
i ske pic nih sbb i look "senget" pose cmtuh..
ga3~


hehe..nih pic kontroversi..nih lah cik KP dinner..
thanx taw deq oi..
bak kate bf aku bila dye ngk pic nih,"ishk..trox btol!!"..
hehe~


nih pic ngan lecterer yg hadir..tp nih cme sebahagian jeh..
luv uolls..
i'll mish uollz..
marinerz.
"luv marine sc o8/o9 ukm 4ever"

*nih jeh yang ak termampu nk upload..huhu..pape pun ol da besh korg ntuk idoop korg sume..semoga kejayaan dan kebahagiaan mengiringi korg

Tuesday, February 15, 2011

coretan e'in..

Aku sekarang ini sedang menghabiskan sisa-sisa masaku di UKM ini. Serius sebak hati ini bila terkenang diri ini akan keluar dari sini tak lama lagi. Aku hanya tinggal lebih kurang 2bulan setengah sahaja lagi di sini.

Banyak kenangan yang telah tercipta di UKM ini. Suka-duka, mengajar aku menjadi lebih tabah dan kuat dalam mengharungi kehidupan di dunia realiti ini.

Lepas nih, tak perlu dah pergi kelas pagi-petang. Tak ada lagi jawab exam. huhuu. Pasti aku rindu fenomena itu semua. Tak perlu cari buku kat PTSL sampai terduduk, gara-gara nak tapis buku apa jeh yang perlu dipinjam.

huahuahua..

Aku sangat suka jadi student. Namoh kerja. Nak jadi student selama-lamanya. Boleh??..

Tapi kalo selamanya aku jadi student, alamatnya tak ke mana hah hidup aku nih. Apa yang diimpi mungkin hanya mimpi semata. Nak berkeluarga jauh sekalilah kalau aku mahu jadi student selama tanpa kerjaya.

So, aku perlu realistik sedikit. Jangan hanya nak duduk di zon selesa sahaja. Sahut cabaran dunia nih.

Sekarang aku rasa aku akan guna plan B untuk hidup aku. Memandangkan aku ada masalah-problems ngan plan A aku. So, sekarang aku menuju ke arah plan B. Andai plan B juga ada masalah-problems gak, aku kne laju-laju ke plan C.

Gunakan segala kesempatan sebaek mungkin e'in. Ini permulaan bagi kau, masa untuk kau mula membina kehidupan sendiri untuk family kau nanti.

::kuat::tabah::semangat::tiada yang mustahil::~

Thursday, February 10, 2011

Monday, February 7, 2011

yang terlintas.

berubah.
lain.
tak sama.

tabah.
hadap.
tenang.

kekuatan.
kesabaran.
berlapang dada.

masih jauh.
masih banyak.
kerana
ia masih panjang.

payah
tapi
tak mustahil.

cekal.
::
hati
::



Friday, January 14, 2011

lembutkan hati ini, jauhkan ego itu..

ya ALLAH..lembutkan hati ini. Jauhkanlah ego itu. Janganlah KAU kembalikan aku ke zaman jahiliah aku dahulu. Aku tak mahu diri diselaputi egois lagi.

Aku mahu jadi manusia yang sederhana dalam segala perlakuanku. Lindungilah aku ya ALLAH. Dugaan dan persoalan apa sebenarnya yang sedang melanda diri ini.

Dah dua minggu aku kemalasan. Serius aku tak bekerja bersungguh-sungguh. Motivasi diri ini makin hari makin pudar. Aku tak ske diri dalam keadaan sebegini. Aku mahu diri ini sentiasa bermotivasi dan mempunyai semangat juang yang tinggi agar bintang itu milik aku.

Jika bintang tidak dapat ku gapai, aku masih ada langit yang cerah untuk mendamaikan resah di hati.

Belajar mengemudi lautan sendirian dan jadikan sifat bola tennis itu sebagai pegangan hidup. Aku~bola tennis. ;)

rasasangatinginmemberontak..

aku rasa sangat ingin memberontak. tak tawu kenapa. aku pun tak paham kenapa ada perasaan sebegini dalam diri aku sekarang nih. rasa macam semuanya sangat tak adil untuk aku.

apa yang aku inginkan payah untuk dapat support. aku hanya support diri sendiri. aku motivate diri sendiri untuk peroleh ape yang aku nak.

argghhh..kenapa aku nak ungkit semua ini.

kenapa aku rasa sekarang aku jadi jahat nih. diri aku dipenuhi unsur negatif. ya ALLAH, lindungilah hamba-MU ini.

kenapa aku matang sebelum usia itu tiba. kenapa aku perlu pk itu-ini dalam semua tindakan aku. kenapa aku jenis yang begini. kenapa aku tak bley wat ske2 cam yang aku wat untuk certain perkara.

kenapa.kenapa.kenapa.

TAK NAK JADI JAHAT. TAK NAK JADI JAHAT. TAK NAK..huuuuu~


Saturday, January 8, 2011

npe aku tak bley buat cmbese nih..

npe aku tak bley buat cambese nih. npe??..

adakah kerana tahap kematangan aku semakin berkurang semakin usiaku kian bertambah. mana rasionalku. di manakah rasionalku. kenapa aku harus bersikap sebegini. aku sedar bahawa kedegilan hampir menguasai diri tapi aku tidak mampu melakukan apa-apa.

mengapa??..

untuk apa. sedangkan aku tahu hanya nestapa akan mengiringiku jika aku terus mempunyai rasa ini. siapa mahu mendengar rintihan aku. tiada siapa. hanya DIA, penciptaku sahaja yang sudi mendengar dan memahami jiwa aku yang kian terseksa dihimpit pelbagai rasa.

nah!! aku tiada teman yang sanggup bersusah, melenyap segala duka dan kekeliruan hati tatkala duhimpit pelbagai rasa.

kerana apa. kerana aku bukan siapa-siapa untuk sesiapa pun. sehingga hari ini terbukti kata-kataku dan peganganku terbukti benar. suatu masa nanti diri ini pasti akan sendiri.

aku mencari, aku dapat tetapi aku sendiri yang buang. ini jalan yang aku pilih. jalan kedegilan. jalan kerosakan. jalan mencari penghujung kekeliruan.

lenyapkanlah kedegilan, gantikanlah dengan kelembutan agar diri ini sentiasa berada di landasan dan tidak akan tersasar.

penuhilah diriku dengan rasional..

Janganlah KAU jadikan ku seorang yang tak mengenang jasa. Jadikanlah aku seorang insan yang tahu menghargai segala kebaikan yang telah aku terima dan jadikanlah aku seorang yang dipenuhi sifat mahmudah.

ameen~ berkatilah hidupku ya ALLAH. buangkan rajuk di hati ini agar kejernihan muncul lagi..

Tuesday, January 4, 2011

kisah 4 jaN '11

bley b'nafas lega cket. tapi masih belum boleh tersenyum lega. huihh~

setelah pnat hampir sebulan++ menunggu turn ntuk detect kat icp, akhirnya hari itu telah tiba. usaha aku berkejar-kejaran dan turun-naek ke tingkat dua di bangunan biologi telah membuahkan hasil. dapat jgak aku m'detect sampel ku.huu..

tapi agak terseksa sedikit jiwa raga aku tadi. mana taknya, kul 8 dah kena pergi ke lab hanya untuk menyediakan stndard solution untuk detect. dengan mamai dan saket kpale sebab tak cukup tdo, aku pun buat solution tuh. hahaha..

seperti dalam jangkaan aku, memang tak accurate. wakakaka. hancus. lari aku pnyer stndard calibration. correlation aku hanya mampu mencapai 0.998. ermmm..

tak cukup tdo gara-gara terlalu rso akan detection arinih. hrmm. aku rse aku hanya mampu terlelap sekitar 4 pagi koot. aduhai. dasat tol aku nih kan.

aku tadi sebenarnya hampir give-up, arinih jeh aku dah turun-naek tingkat dua hampir 5 kali. gara-gara nak pastikan dapat detect. huuu..

sepatutnya aku detect pagi, tapi disebabkan aku ad kelas kul 10-11. so, encik penjaga icp mntak aku detect ptg. sebab pagi tuh dye ley setelkan org laen pnyer sampel. kesian encik tuh, banyak koot sampel. dah ler dye buat sorang2.

tapi sampel aku, aku detect sndri. mujur ada terence ricky tuh. tolong bukak kan tutup btol dan celupkan jarum tuh dalam botol. sebenarnya, seronok men icp nih. hehehe..

cme nak dapatkan masa untuk detect tuh seksa. serius seksa. aku kena maen kejar2 koot. men kol2 tanpa segan silu. hoh0oo..

dah dapat time dye, senang jeh. wat stndard, den p run sampel. bak kate encik AK tuh, ktorg jeh yang wat stndard sndri, yang laen tuh sume hantar sampel dan stndard sume sy yang buatkan. hoh0oo.

hope data nih sume okeh lah. doakan aku eh semua. huuu. rsonye. tak sabar nak habis degree.wuaaa..nak gak jadik cam kngkwan aku yang dah mencapai kestabilan hidup. dah ada kerja tetap. mahu gak.

huuu..semoga segalanya dipermudahkan oleh-NYA. ameenn~

p/s: nak mencaroot jap. ngeekkkk sangat org yang amek ikan bilis + cheese aku. dengan bekas2 aku lenyap. hoh0oo.