Friday, April 20, 2012

Lebih berhati-hati

Assalamualaikum.

Pertamanya, alhamdulillah. Syukur ke hadrat-NYA, kesihatan aku dikembalikan. Terima kasih ya ALLAH. Sesungguhnya ini suatu ujian dan peringatan kepada aku bahawa aku hanya insan yang lemah yang berada di naungan NYA. Hanya kepada DIA tempat selayaknya aku meminta.

Dah lama rasanya aku tidak sakit begitu teruk. Musibah itu benar-benar menguji kesabaran dan keteguhan ku agar redha dengan ketentuanNYA. Ada seorang hamba ALLAH ini mengingatkan aku ketika aku sakit bahawa sakit itu adalah salah satu cara penghapus dosa kecil. Terima kasih ya ALLAH, kau hantarkan pengantara aku dengan MU, moga aku terus dekat dengan MU ya ALLAH.

Aku sendiri tidak pasti makanan mana je yang menyebabkan aku jadi begini teruk. Sehingga mengambil masa yang lama untuk kembali normal. Lembik jadinya aku ketika itu. Tapi kini sudah kembali normal. Sihat. hehe..

Bagi aku bagus juga aku sakit sebab ringan sikit badan aku. haha. Walaupun secara fizikalnya tak berubah, tapi aku dapat rasa keringan badanku. huahua. Sengal. Tapi kurang best sebab banyak sangat benda tertangguh. Aduyai.

Tapi kan bila renung-renung dan fikir-fikir, mungkin ini juga tanda supaya aku mengehadkan penggunaan badan aku ni. Sebab aku ni walaupun cuti dan duk kat umah tapi bukan aku berehat. Ntah apa-apa je aku buat. Bila dah sakit baru reti nak duduk diam sebab badan memang tak mampu. hoho..

Rindu sangat nak balik UKM sebenarnya. Rindu kat bau UKM. Bunyi serangga belakang blok kat Burhan tu. haha. Tipu!tipu!Tipu. Sebenarnya aku rindu lain. Rindu dia, rindu lab, rindu kawan2 dan rindu SV aku. haha. Boleh tak camtu?hek3.

Lepas musibah tu, aku jadi double hati-hati. Haha. Curiga dengan semua makanan. Tapi curiga je, pastu aku makan gak. heh.

Masa sakit tu macam-macam ada dalam pale otak aku ni. Takut aku kena virus macam-macam. Mana tak nya, segala simptom ada. Tapi aku senyapkan. Bila da kronik baru habaq btoi2 kat ibu ayah, tak pasal2 kena bebel. Degil.

Okeylah. Banyak urusan yang perlu aku setelkan. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin. ^^