Tuesday, July 19, 2011

pilihan ALLAH adalah yang terbaek..

Aku tidak tahu dan tidak pasti ketetapan yang telah diaturkan untuk aku. Segalanya bukan dalam bidang kuasaku. Aku hanya manusia biasa yang bisa merancang tetapi ketentuan hakiki hanya milik PENCIPTA ku. Hanya DIA yang maha mengetahui segalanya.

ermm..

Kalau masakan tawar, apa yang perlu ditambah adalah garam. Tapi jika hati pula yang tawar, apa pula yang perlu ditambah untuk memulihkan rasa itu??Kesalahan memang untuk dimaafi, bukan hati tidak mahu memaafkan. Hati sentiasa memaafkan walaupun bibir menuturkan tidak. Namun, jika kesalahan yang sama berulang dan sentiasa berulang. Fikirkan apa yang akan terjadi kepada hati.

Sebenarnya tiada kesalahan jika ditilik semula, cuma cara itu tidak sesuai dan tidak masuk dengan jiwa aku. Bukan aku tidak pernah cuba, aku sentiasa mencuba. Aku sentiasa kuatkan hati dan cuba pejamkan sebelah mata akan perkara tersebut. Tetapi, akhirnya aku kecundang juga bila hati ini tidak mampu lagi menelan segala dengan baik. Hati sakit.

Aku sering terfikir, mungkin sekarang senang untuk aku menghukum itu satu kesalahan. Mana tahu satu hari nanti aku dituntut menghadapi situasi seperti itu. Jadi, aku kembalikan rasional aku menimbang semula perkara tersebut. Entahlah.

Memang seronok dan bahagia jika penyatuan jiwa itu adalah dengan orang yang kita cintai. Tapi percayalah berjayanya satu penyatuan jiwa yang sebenar adalah sama-sama saling menjaga hati masing-masing dan sentiasa menjadikan tanggungjawab sebagai perkara utama. Sekarang tanggungjawab belum lagi menjadi topik utama tetapi dalam menuju ke alam tersebut diri perlulah dididik ke arah itu. Perlu membiasakan diri untuk menghadapi alam tersebut agar kemudian masalah serius tidak akan timbul.

heh..

Kenapa aku tiba-tiba cakap pasal soal nih ye. Ini semua sebab gara-gara majlis kakak sedara aku yang berlangsung hari sabtu yang lepas. Nengok dorg, tiba-tiba hormon serius aku terpercik dalam diri dengan begitu banyak. hahaha. Yerlah tuh. Nih nak melencong sikit ni, untuk pertama kali aku masak untuk makan adab2 pengantin. hohoo. Aku wat masakan sweet sour ikan bawal dan segala decoration yang ntah apa2 tuh adalah hasil kerja aku. hahaha. Lantak lah asal ada kan. Tapi nak bangga cket lah kt sini, masakan aku licin wey. Sheronok betol bagi orang makan.

Untuk pertama kali dalam urusan majlis perkahwinan, aku amek part dari awal sampai akhir. Tak ckup tidur dan rehat. Tapi aku hepi sangat. Tolong potong2 sambil bergosip dan kelam-kabut masak nasi minyak. hahaha. Sheronokkk sangat. Sangat happening, ini baru dikatakan majlis kawen!!..hehehe..

Cuma aku tak tahan bila orang asek cakap pasnih adalah majlis aku. Yerkeh majlis aku. Hati pun dah tak bpe nak kawen. Bukan sebab aku tak nak tapi aku terlalu banyak faktor yang menghalang diri ke arah itu. Bisakah aku dapat layanan macam seorang puteri seperti yang ayah pernah bagi kat ibu??..Begitukah sifat pemilik tulang rusuk yang ku pinjam ini.huuuu.

Sebagai pengakhiran entri kali ini, aku ingin titipkan serangkaian doa. Jika benar dye adalah pasangan terbaekku yang telah tercatat di arash-Mu, maka KAU kurniakanlah kesabaran yang tinggi dalam diriku menjaga hubungan ini. Berkatilah kami ya ALLAH. Ameen.(n__n)(^_^)

Tuesday, July 12, 2011

perlu.

aku perlu istikharakh untuk bantu aku mencapai satu kata putus. ya ALLAH. aku takut dengan segala kemungkinan yang bakal aku hadapi. memang kehidupan ini realitinya tak akan lari dengan dugaan. itu aku sedar.

tapi aku mahu keselesaan menghadapi hari2 mendatang. kerana aku perlukan environment yang chatekk untuk melalui hari mendatang. aku perlu kuat.

bukan senang peluang sebegini datang. aku kne fikir masak-masak, jangan buat keputusan terburu-buru. aku ada family, dye dan kwn2 terdekat yang aku percaya akan sokong aku dari belakang.

aku b'keras tak mahu jalan ini sebelum ini tapi kini apa yang jadi. jelas terjadi. kalo dlu aku tak terbuka mendengar sebarang penjelasan. tapi kini atas nasihat ibu ayah dan si dye, aku mengambil langkah permulaan dengan mendengar penjelasan jalan itu.

sesuatu yang ALLAH atur itu adalah lebih baek dan chatekk, ak percaya ini. apa pun langkah yang aku ambil lepas ini, aku mohon aku bahagia dan enjoy dengan kehidupan aku. doakan aku bagi sesiapa yang membaca entri ini. ;)

Monday, July 11, 2011

persimpangan..

buntu!xad klu. apa yang terbaek sebenarnya untuk diri aku ini. susahnya bila diri berada di persimpangan jalan. takut tersalah langkah.

mana satu yang terbaek untuk diri ini. ya ALLAH, kuatkanlah hatiku. janganlah KAU bolak-balikkan hati ini setelah satu keputusan tercapai. yakinkanlah diriku ini dengan keputusan yang sebaiknya.

mujur tak ada kerja yang sangkut, cne nk sangkut kalo anta pun cm xanta jeh. hahaha. kalo tak lagi parah. lagi jadik sangat2 berada di persimpangan. orang terdekatku menasihatkan aku mendengar dan berbincang dengan pihak terbabit. seterusnya, keputusan akan dicapai di kemudian hari.

okeh. sebenarnya apa yang aku inginkan dalam hidup ini.

..Kuatkanlah hatiku ya ALLAH dalam satu keputusan yang dipegang. semoga keputusan yang diambil nanti memberi kebahagiaan kepada diri ini..
Doakan saya semua~ ;)

Tuesday, July 5, 2011

susah

susahnya ada ingatan dan perasaan macam ini. kenapa aku perlu godek dan menyakitkan hati sendiri. ya ALLAH. Farahin oi, tolonglah hargai perasaan ko dan diri ko. jangan saketkan diri sendiri lagi. tak ada kesudahannya, padam segala yang mengacaukan itu dan terokai yang baru dengan hati yang terbuka.

apa hikmah di sebalik semua kurniaan perasaan yang ada dalam diri aku ini. huhuu. ntahlah. penat rasa menahan perasaan dan memendam segala. kalau diluahkan pasti keadaan tak sechatekk sekarang.

jadik, lebey baek aku diamkan. insyaALLAH keyakinan itu akan menjadi semakin utuh. aku yakin. aku perlu lebey terbuka dan berlapang dada dalam menerima segala kemungkinan.

ya ALLAH, KAU redhailah segala tindakan diri ini. lindungilah aku ya ALLAH. aku tidak tahu aturan bagaimana yang telah KAU tetapkan tetapi aku yakin aturan KAU lebey chatekk dari aturan diri ini.

terima kasih ya ALLAH atas segala kurniaan kepada diri ini. diri ini hanya hamba yang kerdil dan tidk punya apa-apa. mohon kekuatan dan keceriaan dari-MU ya ALLAH.

semoga esok dan hari mendatang lebey baek dari hari ini..ameenn~~ ;)