Wednesday, May 30, 2012

ALLAH never let me down..yeah!!


Hati tak selari

*tak yah baca entri ni, ni namanya gatal nak tulis tapi tak ada isi* 

Bila hati tidak selari dengan yang terjadi
Seharusnya redha tapi aku tak mampu
Aku hanya pasrah

Bila hati mula keras
Segalanya kaku
Warna pudar

Bila hati bukan mutlak milik jasad
Jasad terabai
Hati terluka

ecehhh..
hahaha

Sudah-sudah
;p


Perasaan yang entah pape

Salam.

Terima kasih buat yang masih sudi singgah sini. Ada orang singgah ke?haha..kalau ada toce2 eh. Nah adiah, senyum comel2 utk anda. :)

Entri kali ni sebenarnya untuk confess satu benda yang main dalam hati dan fikiran. Entah apa-apa, kadang-kadang annoying sangat dengan rasa ni. Rasa nak pukui, nak bantai laju-laju. Tapi tak tahu apa yang nak dipukul dan dibantai. hoho. Nak pukul perasaan tak tahu cemana je. Ce ajar sikit cemana je nak belasah habis-habis dis annoying feelings ni. Kacau hidup aku betul.

Sebenarnya aku selalu ada feelings nak pergi bawa diri jauh-jauh. Entah kenapa, apa motif dan sebab-musababnya sendiri tidak pasti. Tapi makin lama, makin ada dan kadang-kadang hampir tekad. Tapi aku tak mahu diri aku tekad sebegitu, sebab sekali aku tekad sebegitu. Banyak yang terkesan, yerkeh..heh..sendiri tak pasti.

Aku rasakan aku jadi sebegini sebab aku tak luah habis apa aku rasa dan aku tak tunjuk perasaan sebenarnya untuk individu itu tahu. Last-last, aku down sendiri dan tenggelam dalam senyuman buatan aku. Susah betul nak selam hati aku ni. Hadoi. Dalam sangat koot, dalam macam "Mariana trench", atau pun lagi dalam. Entahlah.

Ya ALLAH. Apa sebenarnya yang cuba KAU sampaikan kepada aku di atas perasaan yang KAU beri aku rasa ini. Bantulah aku mencari jawapan dalam diri sendiri. Bila diri terikat, hati melekat & tanggungjawab menyekat. hohoo..Ishk, tak baik taw kate gtu. Namoh-namoh. Cuba pegang kata-kata ni, "makin dewasa, makin banyak yang perlu dikorbankan & dilepaskan".

*nak pujuk hati sendiri, nak buat macam mana tak ada yang sudi nak selam dan bantu. time ni verangan "hero khayalan", haha..tak realiti langsung. sengal!!

Menanti sesuatu yang tak akan kunjung tiba atau mungkin sudah tiba tapi aku sahaja yang belum jelas. Hoi hoi hoi. Apa kau merepek ni. Esok tak nak buat lab buleh dop?haha..sendiri tahu jawapannya. Ngenggg~

Kadang-kadang aku rasa aku terlalu banyak harapan dan mengharap. Tapi salah ke mempunyai harapan dalam kehidupan? Mungkin harapan aku tidak sesuai dengan diri aku. Ketetapan apa yang aku harapkan aku tidak peroleh, selalu peroleh sebaliknya. Hidup bila diri sendiri jadi yang kedua atau tangga bawah-bawah, macam ni lah jadi nya. Hati perasaan sendiri terabai.

Kesimpulannya, aku tak suka sangat environment aku sekarang. Sekian. wasalam.. ;p

haha..tak positif langsung penutup entri.

Tamo-tamo. Kesimpulannya, aku kena belajar terima realiti dengan baik. Jom beli buku motivasi banyak-banyak, biar diri tu termotivasi sikit. Ko kan suka percaya apa kau baca, otak teori memang macam ni. Kalau orang cakap, kau pilih-plih, kau tapis-tapis untuk diserap dan di-digest.

Perlu belajar perubahan dalam hidup. Macam dulu kala pandai je, awat sekarang hang kelam-kelibut. haha..JUZ MISS Me myself yang 4 tahun dahulu. miss soo much!! brutal dalam comel. kih3.. ;p

Tuesday, May 22, 2012

Hidup

Salam.

Kadang-kadang sedih dengan diri sendiri. Mana taknya, banyak sangat dugaan datang. Sedih sebab kadang-kadang rasa dah tak mampu nak tanggung dan hadap ni semua. Semua nak datang sekali lak tu, betimpa-timpa. Lepas satu ,satu lagi datang. Boleh kata non-stop lah.

Tapi kan mujur masih beragama dan masih ada iman, hati masih lagi boleh berbisik "kerana ALLAH sayang aku lah aku dapat banyak dugaan berbanding orang lain". Kadang jeles & rasa ditertawakan, mana tak nya. Aku rasa aku cm struggle untuk wat semua benda, last-last aku juga be the last person yang setel. 

Entah. Mungkin dari mata kasar aku je. Mereka semua tak pernah nak kesa macam aku kesa pasal "smthng" tu. Dorang tahu tanya & disuap je. Kadang-kadang geram tapi satu kekurangan aku tapi kelebihan bagi orang sebegini, bila dorang tak tahu aku suap je. Pendek kata, bak kata bf aku macam aku punye keje je semua. haihh.. Dye yang naik geram. haha Aku buat sebab aku rimas + kesian tengok macam hilang arah je. huhu..

Itu juga salah satu sebab aku menyepi koot. Yerkeh. eh..entah!

Sekarang aku rasa macam ditertawakan, mana tak nya aku buat-buat. Last tak ada hasil. Nak menangis, meraung pun tak guna. huhu.. Ya ALLAH, permudahkanlah urusanku. 

Kenapa orang suka lihat seseorang itu jatuh ye? musykil..hrmm..

Aku secara peribadi kalau tengok seseorang jatuh, aku tak suka then nanti aku susah hati dan rasa nk tolong sangat. Then tiba-tiba aku menyibuk kerja dye kekadang. Tapi bila jadik kt ak..huhu tak tahu lah. huargghhh.. 

Terima kasih atas senyuman sinis anda-anda. Itu adalah kekuatan untuk saya bangkit semula. Thanx lah eh. :)


Monday, May 21, 2012

pasrah

salam.

Pasrah. Betul ke aku pasrah dah?mungkin buat masa ini aku perlu stopkan dahulu. Aku sayang dan tak mahu kehilangan insan yang aku pernah anggap seperti adik-beradik sendiri.

Mungkin aku tidak diperlukan lagi di dalam hidupnya. Aku perlu pergi. Semoga dia bahagia selalu & sentiasa diberkati. Ini sahaja aku mampu buat di saat ini.

Maaf. Aku bukan manusia sempurna. Tiba masa kembali kepada asal, 1st thing 1st is hati sendiri. I do miss dat kind of feelings.

nota kaki ::

*nak p jauh2 boleh dop?tak habis-habis budak ni..(geleng pale sendiri)*

27

salam..

27. hehe. Mungkin time tu koot fasa baru akan bermula. haha. Aku masih childish, masih mahu ibu ayah lindungi aku.

~ sekian.

*muktamad. full stop.* (haha..ni kata aku, bukan perancangan ALLAH) :)

Sunday, May 20, 2012

hari ceria.

Salam.

Terima kasih ya ALLAH kerana datangkan panas untukku pada hari ini. Senyum bahagia. Hari ni happy untuk banyak perkara.

Hidup ada pasang surutnya, dalam hati tak sabar menanti "hari panas" untuk research aku. Aku mahu tersenyum puas. Ya ALLAH, permudahkan urusanku. Perlu kerja extravaganza sedikit untuk dapatkan hari itu.

Baru aku boleh fikirkan hal lain dengan lebih serius dan kritikal. Satu persatu perlu ku selesaikan dahulu. Perlu ada perancangan rapi agar semuanya okey nanti. Bantulah aku ya ALLAH. Tetapkan hatiku & berikan aku petunjuk menuju redha MU. Istiqamahkan aku dalam segala pekerjaan baik yang ku lakukan.

Hari ni dapat macam-macam. Murah rezekilah hari ni. Sukanya. Dapat makanan, dapat hadiah..eh nope..ole2 dr ary omey tu. hehe..Moga ALLAH murahkan rezeki beliau & beri kehidupan yang bahagia kepada beliau. Amin. Thanx ary.

Hari ni makan semua berteman. Rasa remaja kembali, setelah lama forever alone. haha. Lunch wif fwen & kenalan lama serta baru. Thanx korg. Then dinner, dengan ary dan tkah pula. Maceh awk & awk sebab sudi jenguk kita yang tpisah jauh ni. Nak tacin ley dop??haha~ tamo2, non-helok. haha..slalu org guna "non-hado"..kali ni aku guna non-helok..tak paham p google eh, harap jumpa lah.

Sebenarnya dalam gembira masih ada rasa takut & risau. Tak chill lah aku ni kan. Apa pun aku cuma mengharapkan yang terbaik untuk aku dunia akhirat. Amin. Hidup kita tak tahu sampai bila, semoga aku sentiasa zikrulmaut & tidak mudah lalai dengan keindahan dunia yang sementara ini.

Hari yang indah, aku ku kenang walaupun hanya sebentar kenangan itu. :)

Tuesday, May 15, 2012

mana nak cari kekuatan.

Salam.

Tarik nafas dalam-dalam. Senyum walaupun ianya hambar. Yakin pada diri. InsyaALLAH aku mampu. Okey, sebenarnya aku down. Sangat down. Tapi aku tak mahu down lama-lama sebab bukannya boleh ubah apa-apa pun.

Ya ALLAH, menggigil bila terpaksa terima kenyataan bahawa aku telah bazirkan satu sem macam tu je tanpa hasil yang boleh dipanggil hasil. Sedih. Aku betul-betul frust ni. Okey, my SV kata aku tak perlu kejar seminar ni gila-gila lagi. Huarghhh.

Sebab data memang totally tak ley nak dibuat apa. Tak cantik. Kenapalah perlu guna BF3 tu. haishhh. Kenapa dengan menggunakan BF3 tu baru result besttt. Persoalan pokok, kenapa sifat BF3 tu macam tu. Banyak sangat kenapa. Tu namanya orang suka mengeluh. Tak elok e'in oi. Namoh-namoh.

*tarik nafas dalam-dalam lagi sekali*

Senyum lagi. Mana nak cari kekuatan ni. Ya ALLAH, aku tahu KAU berikan aku ujian sebegini kerana bagi MU aku mampu menghadapinya. Tetapi aku rasa kekuatan untuk aku bertahan sangat nipis sekarang ini. Di mana dapat ku cari kekuatan untuk hadapi hidup seperti biasa. Ya ALLAH.

nak nangis lagi boleh dop?huhu~

Dua sem ni pun aku da rasa serabut ayam. Mana keyakinan yang kuatkan aku untuk tempuh dan masuk jalan ni. Mana, mana??..

Tiupkan roh kekuatan di dalam diri aku. Aku nak. Nakkkk~ mahu..Nobody will understand my situation unless they face it themselves.

Sabar e'in. Sabar then relax, kerana akal yang berada di dalam keadaan yang lebih tenang akan mennghasilkan idea yang lebih baik. Susun semula strategi anda. Susun semula. Cari semula keyakinan dan kekuatan diri kau. Kau mampu, insyaALLAH.

Sabar sayang, percaya dengan kemampuan diri sendiri. Amin ya ALLAH..:)


Friday, May 11, 2012

OPTIMISTIK



" Jangan berharap terlalu tinggi kelak akan memakan dirimu andai itu bukan untukmu "













*semoga aku mampu sentiasa optimis dalam hidup ini & tabah dengan segalanya.*:)

Wednesday, May 9, 2012