Wednesday, November 14, 2012

Hidup

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan menikmati nyawa dan segala kurniaan dariNYA. Aku bersyukur. Aku juga bersyukur aku dan keluarga dilindungi serta jauh dari musibah banjir, walaupun kawasan yang terlibat ketika ini hanyalah sekangkang kera dari kediamanku. Alhamdulillah.

Macam-macam telah terjadi, kenalan keluargaku yang pernah sama-sama dahulu pergi bercuti bersama kini telah pun pergi untuk selama-lamanya menghadap penciptanya. Macam tak percaya, perkara ini berlaku sekelip mata sahaja. Adik kecil yang aku kenal kira-kira 10 tahun dahulu, kini telah pergi menghadap ilahi.

Tazkirah di sini, sesungguhnya mati itu wajib untuk sekalian makhluk. Ianya juga tidak boleh dilengahkan, sekali nama jatuh dari  pepohon Arash Allah. Maka, sesungguhnya masa itu telah tiba. Semoga aku dan keluarga mati di dalam keadaan beriman kepada Mu ya ALLAH.

....

Tak kurang juga banyak kawan-kawan yang telah selamat menjadi isteri dan suami orang. Tahniah semua. Semoga kalian pandai mengemudi dan selamat pelayaran itu hingga ke akhirnya. 

Ada juga yang telah selamat melahirkan, status bertukar kepada "ibu" dan "ayah". Tahniah juga!! Salah satunya adalah kakak kepada si mok2 saya, alhamdulillah telah selamat melahirkan baby yang comey. Baby gurl mok2 kata. hehehe..Mok2 dah jadi poksuuu. hehehe.."ahjussi".. ;p

Harap nanti berkesempatan pergi ziarah baby dan mak baby tu. Mood masa tawu berita ni, super excited. hahaha.. Kalo sendiri yang beranak entah macam mana nanti agaknya. Super-triple excited koot. Semoga dipanjangkan umor, jodoh serta murahkan rezeki untuk merasa nikmat itu. :)

....

Akhirnya, tercapai keinginanku nak celebrate bufday ibu ayah kat Seoul Garden. hehehe.. Alhamdulillah. Semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Happy family outing day!! (11hb Nov 2012). Terima kasih ya Allah kerana dengar permintaanku. Makan superb!!berbaloi-baloi..hampir 3 jam +++ kat situ. hehehe..

Semua orang kenyang dan happy. Alhamdulillah. Saya sayang family saya. Love all of u till jannah, semoga di sana nanti kte masih lagi sebuah family.

....

Selama beberapa hari di rumah, tension saya betul-betul released. Saya betul-betul berusaha jauhkan fikiran dari kerja. Yes!Saya berjaya walaupun tak ada lah fully berjaya, tapi saya nak juga iktiraf yang saya berjaya. Jangan terlalu mengabdikan diri pada kerja, tak elok.Tak berbaloi pun. Hidup adalah untuk dinikmati.

Okey, hari ni tak dapat ke lab. Tak ada kawan mahu diajak berjalan sama. Ayah ibu dah banyak kali pesan "Jangan jalan sorang2, jangan jalan sorang2".. "Baiklah saya menurut perintah..."




Monday, November 5, 2012

susahnya

Assalamualaikum.

Entri kali ni aku nak cerita susahnya buat research yang tiada senior sebelum ni buat. Seksa. Rasa geram dan kekadang ada juga rasa dah malas dan tak mahu dah. Rasa nak hentikan semua ini. Okey, ini lakonan. hahaha.. Aku takkan dengan senangnya give up. Sorry eh.

Itu mukaddimah je, tak ada kena mengena sangat dengan entri kali ni.

Lately ni banyak sangat benda yang mencabar kesabaran dan memerlukan ketabahan yang tinggi untuk mengharunginya. Perlu cekal. Hidup masih panjang dan perlu diteruskan. Perlu kuat demi ibu ayah dan adik-adik yang memerlukan perhatian dan dorongan untuk mara ke hadapan.

Ya ALLAH.

...huh

Dulu aku pernah cakap aku mampu korbankan cita demi kasih. Tapi bila peluang itu datang depan mata, kenapa aku gusar dan hati jadi berbelah bagi. Perlukah aku ambil peluang ini dan letakkan hubungan dalam risiko?Aku percaya diri aku tetapi jika aku bertindak begini pasti akan melukakan hatinya.

Entahlah, dulu macam senang je aku nak cuba korbankan tapi sekarang aku rasa macam agak payah. Mungkin kerana peluang itu sudah ada depan mata, cuma tunggu masa untuk aku "grab".

Tapi akhirnya aku memilih pejamkan mata dan biar peluang itu berlalu pergi. Sedih.

Siapa pun aku selepas ini, semoga aku sentiasa dalam rahmatNYA. :)




Saturday, October 13, 2012

rasa yang pelik

Salam.

Bila tengok tajuk entri ni mesti macam-macam benda yang boleh dikaitkan dengan rasa yang pelik ni. Tapi disebabkan malam ni sejuk dan mendamaikan, tetiba nak feeling-feelings romantik sikit. euwww..hehe..sorry.

Lama tak cakap benda-benda euwww gini. Sebenarnya baru lepas tengok Adam Hawa tadi. hehe.. Hari ni bertambah-tambahlah emo aku kat watak hero kedua cerita ni, geram.Tapi tu lah, si Ain ni pun satu. Betul ke suka si Johan tu, pada hal terang-terang sebenarnya hati kau tu tunggu Am. haha. Emo-emo.

Kenapa?Takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. haha. Masuk ke? Macam tak masuk je perumpamaan ni, sebab Ain tak pun kejar Adam. Nope, actually dia kejar sebenarnya tapi dalam diam. Hati dia mengejar Am, cuma masih mahu dan tunggu Am betul-betul datang dan buktikan segala kesungguhan. Ecehhh. Pepandai je ko eh e'in. Ko macam nak cakap diri sendiri je ni sebenarnya. haha.

Menggediks. (hati berbunga nak pergi lab esok, sebab nak buat kerja. Okey, ini tipu ye. haha. Aku berbunga bukan sebab ini.) ;p

..

Okey, cukuplah emosi pasal cerita yang hanya rekaan bukan realiti tu. haha. Sebenarnya tujuan selitkan cerita Adam Hawa tu sebab ianya ada lah juga kaitan dengan tajuk entri kali ni. heh..

Tak ada lah bukan apa, kalau dalam cerita Adam Hawa ni. Tak adalah pelik sangat pun, tapi pelik lah juga. (okey, aku cakap dah putar-puta macam k*****) haish. Suruh jadi lawyer tamau, tapi kalau bab putar-memutar ni memang aku agaknya. Yerkeh?

Dalam cerita ni, dari tak ada perasaan kepada ada perasaan tapi perasaan itu bukan perasaan yang indah. Tetapi perasaan yang perit iaitu benci. Then kemudiannya bertukar menjadi rindu, sayang dan benda tu lah. Lof (style org korea sebut, tapi dalam bahasa korea "sarang"). Peliknya di sini adalah segala mampu berubah ting! Juz like that, because... Tapi all of this kita kena berbalik semula kepada pencipta kita. DIA yang control segala, tetapi senjata yang mampu mengubahnya adalah doa. 

Dengan itu, rajin-rajinlah berdoa kepadaNYA. Minta segalanya dengan DIA, insyaALLAH akan dikabulkan kerana ALLAH itu MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG dan juga sentiasa mendengar.

Perasaan (cinta) ini adalah subjektif. Setiap orang ada pandangan tersendiri mengenainya. Lihat kepada bagaimana cara individu itu melihat dan menilainya dari sudut serta perspektif yang berbeza. Bak kata orang rambut sama hitam hati lain-lain. Jadi di sini juga boleh nak dikatakan banyak udang banyak garam, banyak orang banyaklah ragamnya. 

Kalau diteliti dan diamati dari dua perumpamaan yang seakan sama maksudnya jika kita berjaya  mengaitkannya, sebenarnya tiap individu itu dijadikan berbeza. Berbeza dari segi rupa, tahap IQ, cara penafsiran suatu benda dan macam-macam lagilah. So, di sini dah terbukti bahawa tiap orang ada pandangannya tersendiri. Mungkin akan ada kelompok atau golongan yang akan bersependapat tapi itu hanya minor. Lagi-lagi dalam benda yang sangat subjektif sebegini.

Hamboi, dah macam buat karangan sekolah je entri aku ni. haha.

Ada juga orang yang percaya dan tunggu benda dalam mimpi, maksud aku hanya fantasi. Tapi bukan hanya menunggu ianya diiringijuga dengan doa. Namun dek kerana yakin dan percaya, fantasi itu mampu menjadi realiti. Ada juga yang sebegini.

Kadang-kadang even dah banyak kali disakiti dan dilukai, rasa yang pelik ini tak pernah pudar bahkan jadi semakin kuat. Pelikkan? Sepatutnya dan kebiasaannya pada logik akal, bila kita disakiti pasti perasaan tak suka atau benci itu timbul. Tapi tidak, tetapi yang sebaliknya berlaku. 

Pelik rasa ni. Okeylah, malaslah merepek lagi. Terima kasih kepada sesiapa yang baca entri ni, kalau rasa sakit hati sebab rasa annoyed ke hape, sorry. Tapi ada aku kesah. haha. Nope lah gurau je. Anyway thanxlah sebab sudi scroll smpai abeh entri ni. hehe..kalau dapat tangkap point entri, "syabas betha!!" haha..if not,try lah lagi nanti ye. 

Nanyte..








Friday, October 12, 2012

Segala macam sem 3

Rasa bahagia dengan kehidupan sekarang. Sendiri. Bila perlu, bila tiba masa ada teman. Teman borak, teman bergurau, teman bertukar pendapat, teman perbincangan, teman seperjuangan. Teman itu adalah kawan-kawan aku. Dari kenalan bertukar menjadi kawan.

Ada juga kadang-kadang perasaan tersisih, sekejap, betul ke word "tersisih" ni. Ermm, bukan tersisih koot tapi rasa a bit jealous bila perbualan bukan dalam lingkungan pengetahuanku. Tapi, ini semua normal sebenarnya sebab perasaan ini yang buat kehidupanku betul-betul hidup.

Dengan adanya perasaan sebegini  dalam hatiku, aku akan lebih menghargai orang sekeliling aku dan juga masa yang diluangkan bersama. Akan aku kutip segala pengalaman dan kenangan. InsyaALLAH panjang jodoh kita semua, kita akan kekal berkawan. 

Bunyinya seolah aku akan pergi jauh je. Sebenarnya tidak pun, cuma kita tak tahu ajal maut kita bila. Andai aku pergi dahulu, aku titipkan kemaafan dari hati dan halalkan segala yang telah aku ambil dan aku terima dari kalian. Mungkin tidak semua akan tahu entri ini, tetapi andai aku pergi aku ingin siapa yang membaca entri ini tolong sampaikan dan khabarkan kepada yang lain.

..

Sekarang aku mencari, mungkin bukan mencari tetapi sedang membina identiti diri. Mungkin yang baru atau mungkin jua hanya menambah baikkan apa yang sedia ada ini. Cuba menjadi yang terbaik dan juga fleksibel untuk status akan datang. 

Okey cukup cerita kini & akan datang.

..

Lets terjun ke cerita research aku pula. Kadang-kadang aku give up dengan jalan ni. Tapi hanya mulut kata give up, hakikatnya aku masih mencari jalan untuk teruskannya. Itu memang aku koot. Bila diselidik balik, kenapa aku susah sangat nak suka jalan ni. Kalau Allah dah dorongkan aku ke jalan ni mesti ada hikmah yang cantik di sebalik semua ni. Ini takdir. 

Setelah hampir tiga semester aku laluinya, sebenarnya aku masih belum dapat terima sepenuhnya dengan hati terbuka bahawa ini adalah jalanku. Adakah aku ini cuba melawan takdir yang telah ditetapkan kepadaku?atau aku ini sebenarnya kufur nikmat?. Sesungguhnya aku tidak pernah dan tidak mahu tergolong dalam dua kategori ini. Lindungilah aku wahai PENCIPTAku.

Tetapi sekarang, aku cuba sedaya upaya dan paksa diri aku untuk terus suka dan cinta akan jalan ini. Mungkin pada mata orang lain sudah agak terlewat sebenarnya, tapi bagi aku masih sempat untuk aku mengubah pandangan aku terhadap jalan yang aku ambil ini.

Walaupun tak berapa ramai yang menyokong dan memberi semangat tetapi bukanlah langsung tiada. Kadang-kadang tak faham dengan orang yang suka buat orang down. Sebab tu kalau aku terasa atau down dengan seseorang, aku pilih diam dan jauhkan diri seketika. Aku perlu masa untuk digest apa yang aku dengar, macam digest sampel kat lab tu. Ambil masa 2-4 jam, bergantung pada method yang kita guna dan objektif eksperimen kita tu. 

Kalau aku asyik fikir benda macam tu boleh mati koot diri ni. So, lebih baik jauhkan diri dari mendengar benda yang telinga tak berapa suka tapi bukan bermaksud tak boleh terima. Aku tak salahkan mereka, sebab mungkin hati ini dah jadi makin kecil. Susah untuk kompromi dah dengan kritikan. Dulu aku tak perlu masa yang panjang untuk digest kritikan. Aku mampu tepis dengan mudah. 

Dengan berpegang prinsip yang mudah, "ada aku kesah". Aku mampu ignore benda yang negatif itu dari diri aku. But now, mungkin aku dah berubah i do kesah hampir semua benda se-details-nya. Menyusahkan diri sendiri je kan. Walau macam mana pun, aku boleh pulihkan semula semua ni. Sebab aku sayang diri aku. hehe.

..

Di sini juga aku mahu berterima kasih kat tikah, mun, eja dan wiwin di atas suprise bufday's celebration yang menyeramkan tu. Thanx. My second bufday's celebration yang suprise2. Thank you!!



 

 


Thursday, June 28, 2012

Let me do plishhh~

Salam.

Let me do things dats i love.
"
"
"
Always, people said dats successful is happiness.
"
"
"
But for me, happiness is successful.
"
"
"
Plishh let me do wat ever i want.
"
"
"
Tak mo dah push diri utk bnda yg i minat like2 je. 
Penat dah. 
I can do dats, but i tamo dah. 
Ckuplah eh.

Wednesday, June 27, 2012

#1


makanan tuk anak..



comey sgt.
hope nanti bila tiba masa mjadi ibu, ada masa byk + rajen utk tarik phatian anak2.
hehe..
xsabar..

tadi saya seronok + happy sebab dah byg cm xjadi je planning,
tapi last2 jadi dan semua keluar dan ada..
happy sgt..

feeling2 1st year sangat.

Maceh dayah!!
intern baek2 eh awk..ALL THE BEST
byk kenangan kte masih dlm ingtn aku
semoga kau sentiasa dilindungi & diberkati

Maceh tkah!!
sorry kalau awk dop njoy sgt..pape pun ALL THE BEST
pasal ur dream tu kalau betul nak truskn jgn pndng blkng,
nanti murah rezeki i lawat u/honeymoon smbil lawat u..
hehe..

Maceh ema!!
walaupun esok ada intebiu tapi still mahu join kami
ALL THE BEST ma..
Semoga kau cepat btemu jodoh,amin!!
Jodoh yg btul2 masuk ngan ko..

Jeles sgt semua orang mcm da jmpa jalan utk kestabilan idop..
tapi aku?

masih mencari apa yang aku nak yang selaras dengan future aku sbg istri & ibu org..
nape lah ak minat bnda yg xbrapa nk direstui keluarga, dye & ak sndri nmpk risikonya..
ermmm..
moga aku jmpe kisah diri aku sebelum abeh 2012 ni..

::seronok td, kte dapat bowl wat kueh::

semoga ak dapat grad next year!!

mari berusaha..

















Monday, June 25, 2012

Kata hati

Salam.

Hajat versus istikharakh. Mana satu yg paling utama. Hajat mungkin kerana aku tidak mahu pilihan lain. Tetapi kadang-kadang hati menuntut istikharakh kedua.

Tiba masa, hati tenang. Tiada gangguan mungkin istikharakh kedua akan tiba. InsyaALLAH. Ya ALLAH bantulah aku. Beri daku petunjuk sebaik-baik petunjuk. Kuatkan hati aku dengan pilihan yang benar-benar tepat.

Besar mana badai yang melanda, kuatkanlah aku. Kuatkan hati ku ya ALLAH. Kuatkan dye juga ya ALLAH.

Harapan hati kecil, mahu bersama dye hingga syurga. Hanya dye. Semoga aku sempurna untuknya dan dye sempurna untukku. Amin.

Sunday, June 24, 2012

Saje-saje..

tiada apa-apa
aku hany biasa saja
jadi
jangan pernah dekat
kerana aku risau kau tersekat
aku pula lemas

tapi 
aku masih jelas
siapa aku mahu
siapa dalam mindaku

aku kira kau hanya sepi
mungkin perlu teman bicara
atau sesuatu ada pada aku
yang engkau perlukan
mungkin saja "info"
perihal study

salam tanpa nama
tahu tanpa kenal
hanya satu kebetulan

jangan pernah dekat aku
kerana aku & kau hanya kenalan

hahaha..

mungkin aku yang overthnking
tp cara kau laen
seperti mereka yg sebelum ini juga
aku beritahu aku mungkin bisa
kekalkan senyumanmu
kerana aku suka itu

>_<

Friday, June 22, 2012

Thank you people!

Salam.

Juz wanna drop simple true feelings. 

"I do love to see people's smiles, instead of mine."

"Thank you for those dats ever comes to my life & made me feel warmth wif full of love. Thanks for give me ur attention & protect me when ever i need it. "

"Thanks people.."

"..so many lovely people i've known, and they still in my mind. it's all about memories. love to know & have u and u, even its only a while in my life.."

"..my life is great!!"

" THANK YOU ALLAH "

:: i have nothing, but u and u gave me everything. thanx. ::

Wednesday, June 20, 2012

nak post lg.

hee.

Penyakit mengada nak post kembali mengular dalam diri. Huish. Tapi tak peh sebab penyakit ni tak ganggu orang lain pun. Tadi aku nmpak orang post pesal Tom & Jerry. Feveret cartoon family i exclude my father. haha.. Siap dulu beli CD bagai. hehe.

Layan reramai pagi-petang, siang-malam. haha. Tak pernah nak puas. Seronok. Suka sangat cartoon ni. Okey, sebenarnya aku suka cartoons. Bukan cartoon ni je aku suka. Ada lagi yang laen. Best woo nengok kartun, layan. hehe..

Okeylah. Senanye motip entri ni cuma nak cakap rndu je kat tom & jerry tu. heh.. entah apa-apa. Tak ada isi langsung. haha.. ;p

give up

Salam.

Memang seperti yang aku sangka, banyak sangat dugaan dan kekangan dalam buat master by research ni. Kadang-kadang rasa macam dah tak sanggup je. Rimas. Aku rimas sebab ada perasaan tak sabar nak habis, sebab nak naek pentas lagi. Dulu grad macam tak grad je, no feelings. Hurmmphh..

Hampehhh..

Bukan senang ma nak nek pentas sambil pakai baju kaler purple gerbang tu. Nak naek pentas lagi. Nak naek pentas. Rindu. haha.. Saya suka grad. Boleh dop gtu?

Pasnih no more sambung eh e'in, stop eh study. Pergi kais duit banyak-banyak. Sebab banyak sangat hal menuntut yang memerlukan duit. huhu.. Jangan tersambung lagi cam Master ni udah ler eh. Janganlah datang offer, kang aku fikir 18 kali then ditambah dengan keadaaan semasa aku pong grab. Master ni tak peh sebab memang ko nak belajar sampai takat ni at least. huargghh~

Rasanya cukup dah kot untuk akunye masa study. Lama dah ni. Walaupun sebenarnya menuntut ilmu tu tak akan pernah habis dan ianya adalah aktiviti sepanjang hayat. Tapi untuk belajar formal ni mungkin cukup setakat master ni.

Ya ALLAH, bantulah aku ya ALLAH. Smoothkanlah semua semula ya ALLAH. Janganlah ada tangguhan lagi, tak keruan hati dan kepala ni fikir. Nak muntah. Lembutkanlah hati mereka yang berkaitan denganku untuk membantu mempercepatkan proses kerjaku. Walaupun orang kate, i got too many masa. But for me myself, sangatlah kesuntukan dan sedikit je masa yang tinggal.

GO go Power Rangers. Ape pulop Power Rangers. Go e'in Go lah patutnya. hahaha. Biasalah, orang di kala down-down core memang cengginih. Sedih di dalam, epi di luar. Allah je tahu apa hati aku sedang lalui. ecehhhh~ tacin benor bunyinya.

Correction udah ku bereskan tapi yang perlu ditambah belum siap lagi. No feeling nak tulislah, tapi kena paksa juga. Nak grad juga. Huargghhh..Hope sangat my bantuan tu dapat disambungkan at least for next sem. Plishhh..

Kepada sesiapa yang ada menyinggah di sini, ku pohon kalian tolong doakan untuk aku. Mudah segala pekerjaaan aku di dunia ini, khasnya dalam mendapatkan ijazah sarjana ni. Hampir pecah kepala aku fikirkan penangguhan yang sia-sia ni. Tak suka!

Semoga rezeki aku murah dan mencurah-curah ke ladang akaun. haha. Segalanya dapatku sempurnakan dengan baik. Amin. Ya ALLAH, aku mohon agar pintu rezeki sentiasa luas terbuka untuk diriku dan keluargaku.  :)

.:: namoh give up, Keep FightHinG ::.



Monday, June 18, 2012

Hari sakit

Salam.

*baca basmallah dulu sebelum naep entry ni*

Untuk mengelak em0 yang semacam, aku mulakan dengan basmallah. tett.. Hari ini hari sakit aku, segalanya mahu kesakitan lah. Haish. Dari luaran sampai ke dalaman, hohoo.. Tapi-tapi kan, ini adalah perkara biasa dan lumrah kehidupan.

Sebelum-sebelum ni ambo epi tahap dewa-dewi,biasalah kalau bersama family tercinta. Then renggang sikit, mulalah unsur negatif tu come in. Huhh~

Bila dengan family, bukan nak cakap tak ada unsur negatif but susahlah unsur-unsur negatif tu nak masuk apa entah lagi melekat. hehe.. Saya da mula rindu rumah, pada hal baru beberapa jam berenggang dengan mereka. I'm family's women, bley dop gtu?

Semalam celebrate ari ayah kat DOMINOS. hehe..not very the celebrate lah, juz treat him mkn2. Actually treat sume orang. Wat a hepi family i have. LOVE (88x), cakap sambil lompat-lompat. euwww, mengada!! apa ku ada hal, ada aku kesah. woo, lama dah tak guna trademark ni.

Sejak aku mula masukkan orang dalam hidup aku, trademark tu hilang. Diri sendiri entah ke mana pentingnya. Sesuka hati je orang siat-siat hati aku ni. Lu ingat gua apa, gua ada hati lu tawu tak. Suka hati lu je wat gua cengginih. Sedih.

hahaa..em0 lertew..tok sah e'in oi, buang karen je.

Mula balik dah. Sudah ku bilang jangan terlalu yakin, memang tak pernah nak yakin sangat pong. Yakin cenggituh je ler. One day, msti nye jadik lek. Get leady je ler. haha..Say bye2 for beberapa tahun nye e'in, cepat seru e'in lama. Kekasih ku seru sangat. ;p

Cepat adik-adikku besar. haha.. Be my gang, kih3..My ibu memang olwayz will be my gang. Cepat nak share hal-hal emo ni. hehe..GiRLs day out,bila ni??ayah nanti cemana..kih3..sekarang pong suka no tacin-tacin ngan i, wat a manje parents i've. Ibu & ayah dah mula menunjukkan kesensitifan mereka & kemanjaan mereka, bak kata mereka "orang tua memang cmni". So, cepat serap dalam my mind yang my parents are otw being orang tua. But they ol said dat they ol oleady being orang tua.

Pokok pangkalnya, i need to pk sedalam-dalamnya untuk membahagiakan mereka lagi. Plan something & things. Selamat menjadi anak yang baik e'in, adik-adik & anda semua!!Sayang mereka ketat-ketat selagi mereka ada, wang ringgit tak sama dengan perhatian dan kasih sayang. Ingat tu, jangan tabur mereka dengan wang ringgit bila anda sudah berjaya kelak. Tak pandangnye mereka itu. (Ingatan kepada diri sendiri sebenarnye..hehh~)

See..cter pasal my family je dah ley kasi cas-cas positif. Belum jumpa mereka depan-depan. hehe..Jom pulang ke rumah..hahaha.. :p






Monday, June 11, 2012

Maaf

MaaF andai gurauan ku jadi bahan serius
MaaF andai kata-kata ku disalah ertikan
Sesungguhnya aku sendiri tidak pasti akan kewujudan cerita itu

Ini semua salah faham
Aku tidak pernah memandang atau berfikir serong terhadap kamu
Sedikit pun tidak pernah

Hati ini terkilan
Kerana tanpa apa-apa aku dituduh sedemikian rupa

MaaF sekali lagi

*untuk seseorang yg telah ku anggap seperti adik sendiri*

exam time!

Salam.

Finally, the time has come. hoo. Exam time. Dok abeh lagi setudi ni. Banyak benor hal-hal yang membuat badan letih & tak boleh berikan minda yang cerdas untuk serap ilmu dengan baik. huuu.

Takut lah sebab aku dah lah 1st time blaja benda ni, ilmu nak goreng tak berapa nak ada untuk subjek ni. Huarggghh. Sekarang demam pula, suka betul demam di kala exam. Haish~

Aku harap esok aku dipermudahkan oleh NYA. Semoga aku dapat muntahkan segalanya dengan baik. Sebab dis is my last paper dalam idop ni. My last. Betul2 last. hoho..

Pergi semua anasir jahat dan negatif. Tak yah nak psiko-psiko gua & down-down kan gua. Lu orang tarak tawu apa gua lalui dalam gua punya hari-hari. Jadi tak payah cakap yang bukan-bukan okey?

Semoga rezeki berada di pihak aku, murahkan rezeki hamba ya ALLAH. Permudahkanlah hamba esok ya ALLAH. Permudahkan perjalanan hidup hamba ini ya ALLAH. Amin.

:: HaRaPaN ::
semoga segalanya baik-baik sahaja. "Man jadda wa jada wa man zaro'a hasoda". (betul ke ni,ingt2 lupa..heh)

Wednesday, May 30, 2012

ALLAH never let me down..yeah!!


Hati tak selari

*tak yah baca entri ni, ni namanya gatal nak tulis tapi tak ada isi* 

Bila hati tidak selari dengan yang terjadi
Seharusnya redha tapi aku tak mampu
Aku hanya pasrah

Bila hati mula keras
Segalanya kaku
Warna pudar

Bila hati bukan mutlak milik jasad
Jasad terabai
Hati terluka

ecehhh..
hahaha

Sudah-sudah
;p


Perasaan yang entah pape

Salam.

Terima kasih buat yang masih sudi singgah sini. Ada orang singgah ke?haha..kalau ada toce2 eh. Nah adiah, senyum comel2 utk anda. :)

Entri kali ni sebenarnya untuk confess satu benda yang main dalam hati dan fikiran. Entah apa-apa, kadang-kadang annoying sangat dengan rasa ni. Rasa nak pukui, nak bantai laju-laju. Tapi tak tahu apa yang nak dipukul dan dibantai. hoho. Nak pukul perasaan tak tahu cemana je. Ce ajar sikit cemana je nak belasah habis-habis dis annoying feelings ni. Kacau hidup aku betul.

Sebenarnya aku selalu ada feelings nak pergi bawa diri jauh-jauh. Entah kenapa, apa motif dan sebab-musababnya sendiri tidak pasti. Tapi makin lama, makin ada dan kadang-kadang hampir tekad. Tapi aku tak mahu diri aku tekad sebegitu, sebab sekali aku tekad sebegitu. Banyak yang terkesan, yerkeh..heh..sendiri tak pasti.

Aku rasakan aku jadi sebegini sebab aku tak luah habis apa aku rasa dan aku tak tunjuk perasaan sebenarnya untuk individu itu tahu. Last-last, aku down sendiri dan tenggelam dalam senyuman buatan aku. Susah betul nak selam hati aku ni. Hadoi. Dalam sangat koot, dalam macam "Mariana trench", atau pun lagi dalam. Entahlah.

Ya ALLAH. Apa sebenarnya yang cuba KAU sampaikan kepada aku di atas perasaan yang KAU beri aku rasa ini. Bantulah aku mencari jawapan dalam diri sendiri. Bila diri terikat, hati melekat & tanggungjawab menyekat. hohoo..Ishk, tak baik taw kate gtu. Namoh-namoh. Cuba pegang kata-kata ni, "makin dewasa, makin banyak yang perlu dikorbankan & dilepaskan".

*nak pujuk hati sendiri, nak buat macam mana tak ada yang sudi nak selam dan bantu. time ni verangan "hero khayalan", haha..tak realiti langsung. sengal!!

Menanti sesuatu yang tak akan kunjung tiba atau mungkin sudah tiba tapi aku sahaja yang belum jelas. Hoi hoi hoi. Apa kau merepek ni. Esok tak nak buat lab buleh dop?haha..sendiri tahu jawapannya. Ngenggg~

Kadang-kadang aku rasa aku terlalu banyak harapan dan mengharap. Tapi salah ke mempunyai harapan dalam kehidupan? Mungkin harapan aku tidak sesuai dengan diri aku. Ketetapan apa yang aku harapkan aku tidak peroleh, selalu peroleh sebaliknya. Hidup bila diri sendiri jadi yang kedua atau tangga bawah-bawah, macam ni lah jadi nya. Hati perasaan sendiri terabai.

Kesimpulannya, aku tak suka sangat environment aku sekarang. Sekian. wasalam.. ;p

haha..tak positif langsung penutup entri.

Tamo-tamo. Kesimpulannya, aku kena belajar terima realiti dengan baik. Jom beli buku motivasi banyak-banyak, biar diri tu termotivasi sikit. Ko kan suka percaya apa kau baca, otak teori memang macam ni. Kalau orang cakap, kau pilih-plih, kau tapis-tapis untuk diserap dan di-digest.

Perlu belajar perubahan dalam hidup. Macam dulu kala pandai je, awat sekarang hang kelam-kelibut. haha..JUZ MISS Me myself yang 4 tahun dahulu. miss soo much!! brutal dalam comel. kih3.. ;p

Tuesday, May 22, 2012

Hidup

Salam.

Kadang-kadang sedih dengan diri sendiri. Mana taknya, banyak sangat dugaan datang. Sedih sebab kadang-kadang rasa dah tak mampu nak tanggung dan hadap ni semua. Semua nak datang sekali lak tu, betimpa-timpa. Lepas satu ,satu lagi datang. Boleh kata non-stop lah.

Tapi kan mujur masih beragama dan masih ada iman, hati masih lagi boleh berbisik "kerana ALLAH sayang aku lah aku dapat banyak dugaan berbanding orang lain". Kadang jeles & rasa ditertawakan, mana tak nya. Aku rasa aku cm struggle untuk wat semua benda, last-last aku juga be the last person yang setel. 

Entah. Mungkin dari mata kasar aku je. Mereka semua tak pernah nak kesa macam aku kesa pasal "smthng" tu. Dorang tahu tanya & disuap je. Kadang-kadang geram tapi satu kekurangan aku tapi kelebihan bagi orang sebegini, bila dorang tak tahu aku suap je. Pendek kata, bak kata bf aku macam aku punye keje je semua. haihh.. Dye yang naik geram. haha Aku buat sebab aku rimas + kesian tengok macam hilang arah je. huhu..

Itu juga salah satu sebab aku menyepi koot. Yerkeh. eh..entah!

Sekarang aku rasa macam ditertawakan, mana tak nya aku buat-buat. Last tak ada hasil. Nak menangis, meraung pun tak guna. huhu.. Ya ALLAH, permudahkanlah urusanku. 

Kenapa orang suka lihat seseorang itu jatuh ye? musykil..hrmm..

Aku secara peribadi kalau tengok seseorang jatuh, aku tak suka then nanti aku susah hati dan rasa nk tolong sangat. Then tiba-tiba aku menyibuk kerja dye kekadang. Tapi bila jadik kt ak..huhu tak tahu lah. huargghhh.. 

Terima kasih atas senyuman sinis anda-anda. Itu adalah kekuatan untuk saya bangkit semula. Thanx lah eh. :)


Monday, May 21, 2012

pasrah

salam.

Pasrah. Betul ke aku pasrah dah?mungkin buat masa ini aku perlu stopkan dahulu. Aku sayang dan tak mahu kehilangan insan yang aku pernah anggap seperti adik-beradik sendiri.

Mungkin aku tidak diperlukan lagi di dalam hidupnya. Aku perlu pergi. Semoga dia bahagia selalu & sentiasa diberkati. Ini sahaja aku mampu buat di saat ini.

Maaf. Aku bukan manusia sempurna. Tiba masa kembali kepada asal, 1st thing 1st is hati sendiri. I do miss dat kind of feelings.

nota kaki ::

*nak p jauh2 boleh dop?tak habis-habis budak ni..(geleng pale sendiri)*

27

salam..

27. hehe. Mungkin time tu koot fasa baru akan bermula. haha. Aku masih childish, masih mahu ibu ayah lindungi aku.

~ sekian.

*muktamad. full stop.* (haha..ni kata aku, bukan perancangan ALLAH) :)

Sunday, May 20, 2012

hari ceria.

Salam.

Terima kasih ya ALLAH kerana datangkan panas untukku pada hari ini. Senyum bahagia. Hari ni happy untuk banyak perkara.

Hidup ada pasang surutnya, dalam hati tak sabar menanti "hari panas" untuk research aku. Aku mahu tersenyum puas. Ya ALLAH, permudahkan urusanku. Perlu kerja extravaganza sedikit untuk dapatkan hari itu.

Baru aku boleh fikirkan hal lain dengan lebih serius dan kritikal. Satu persatu perlu ku selesaikan dahulu. Perlu ada perancangan rapi agar semuanya okey nanti. Bantulah aku ya ALLAH. Tetapkan hatiku & berikan aku petunjuk menuju redha MU. Istiqamahkan aku dalam segala pekerjaan baik yang ku lakukan.

Hari ni dapat macam-macam. Murah rezekilah hari ni. Sukanya. Dapat makanan, dapat hadiah..eh nope..ole2 dr ary omey tu. hehe..Moga ALLAH murahkan rezeki beliau & beri kehidupan yang bahagia kepada beliau. Amin. Thanx ary.

Hari ni makan semua berteman. Rasa remaja kembali, setelah lama forever alone. haha. Lunch wif fwen & kenalan lama serta baru. Thanx korg. Then dinner, dengan ary dan tkah pula. Maceh awk & awk sebab sudi jenguk kita yang tpisah jauh ni. Nak tacin ley dop??haha~ tamo2, non-helok. haha..slalu org guna "non-hado"..kali ni aku guna non-helok..tak paham p google eh, harap jumpa lah.

Sebenarnya dalam gembira masih ada rasa takut & risau. Tak chill lah aku ni kan. Apa pun aku cuma mengharapkan yang terbaik untuk aku dunia akhirat. Amin. Hidup kita tak tahu sampai bila, semoga aku sentiasa zikrulmaut & tidak mudah lalai dengan keindahan dunia yang sementara ini.

Hari yang indah, aku ku kenang walaupun hanya sebentar kenangan itu. :)

Tuesday, May 15, 2012

mana nak cari kekuatan.

Salam.

Tarik nafas dalam-dalam. Senyum walaupun ianya hambar. Yakin pada diri. InsyaALLAH aku mampu. Okey, sebenarnya aku down. Sangat down. Tapi aku tak mahu down lama-lama sebab bukannya boleh ubah apa-apa pun.

Ya ALLAH, menggigil bila terpaksa terima kenyataan bahawa aku telah bazirkan satu sem macam tu je tanpa hasil yang boleh dipanggil hasil. Sedih. Aku betul-betul frust ni. Okey, my SV kata aku tak perlu kejar seminar ni gila-gila lagi. Huarghhh.

Sebab data memang totally tak ley nak dibuat apa. Tak cantik. Kenapalah perlu guna BF3 tu. haishhh. Kenapa dengan menggunakan BF3 tu baru result besttt. Persoalan pokok, kenapa sifat BF3 tu macam tu. Banyak sangat kenapa. Tu namanya orang suka mengeluh. Tak elok e'in oi. Namoh-namoh.

*tarik nafas dalam-dalam lagi sekali*

Senyum lagi. Mana nak cari kekuatan ni. Ya ALLAH, aku tahu KAU berikan aku ujian sebegini kerana bagi MU aku mampu menghadapinya. Tetapi aku rasa kekuatan untuk aku bertahan sangat nipis sekarang ini. Di mana dapat ku cari kekuatan untuk hadapi hidup seperti biasa. Ya ALLAH.

nak nangis lagi boleh dop?huhu~

Dua sem ni pun aku da rasa serabut ayam. Mana keyakinan yang kuatkan aku untuk tempuh dan masuk jalan ni. Mana, mana??..

Tiupkan roh kekuatan di dalam diri aku. Aku nak. Nakkkk~ mahu..Nobody will understand my situation unless they face it themselves.

Sabar e'in. Sabar then relax, kerana akal yang berada di dalam keadaan yang lebih tenang akan mennghasilkan idea yang lebih baik. Susun semula strategi anda. Susun semula. Cari semula keyakinan dan kekuatan diri kau. Kau mampu, insyaALLAH.

Sabar sayang, percaya dengan kemampuan diri sendiri. Amin ya ALLAH..:)


Friday, May 11, 2012

OPTIMISTIK



" Jangan berharap terlalu tinggi kelak akan memakan dirimu andai itu bukan untukmu "













*semoga aku mampu sentiasa optimis dalam hidup ini & tabah dengan segalanya.*:)

Wednesday, May 9, 2012

Friday, April 20, 2012

Lebih berhati-hati

Assalamualaikum.

Pertamanya, alhamdulillah. Syukur ke hadrat-NYA, kesihatan aku dikembalikan. Terima kasih ya ALLAH. Sesungguhnya ini suatu ujian dan peringatan kepada aku bahawa aku hanya insan yang lemah yang berada di naungan NYA. Hanya kepada DIA tempat selayaknya aku meminta.

Dah lama rasanya aku tidak sakit begitu teruk. Musibah itu benar-benar menguji kesabaran dan keteguhan ku agar redha dengan ketentuanNYA. Ada seorang hamba ALLAH ini mengingatkan aku ketika aku sakit bahawa sakit itu adalah salah satu cara penghapus dosa kecil. Terima kasih ya ALLAH, kau hantarkan pengantara aku dengan MU, moga aku terus dekat dengan MU ya ALLAH.

Aku sendiri tidak pasti makanan mana je yang menyebabkan aku jadi begini teruk. Sehingga mengambil masa yang lama untuk kembali normal. Lembik jadinya aku ketika itu. Tapi kini sudah kembali normal. Sihat. hehe..

Bagi aku bagus juga aku sakit sebab ringan sikit badan aku. haha. Walaupun secara fizikalnya tak berubah, tapi aku dapat rasa keringan badanku. huahua. Sengal. Tapi kurang best sebab banyak sangat benda tertangguh. Aduyai.

Tapi kan bila renung-renung dan fikir-fikir, mungkin ini juga tanda supaya aku mengehadkan penggunaan badan aku ni. Sebab aku ni walaupun cuti dan duk kat umah tapi bukan aku berehat. Ntah apa-apa je aku buat. Bila dah sakit baru reti nak duduk diam sebab badan memang tak mampu. hoho..

Rindu sangat nak balik UKM sebenarnya. Rindu kat bau UKM. Bunyi serangga belakang blok kat Burhan tu. haha. Tipu!tipu!Tipu. Sebenarnya aku rindu lain. Rindu dia, rindu lab, rindu kawan2 dan rindu SV aku. haha. Boleh tak camtu?hek3.

Lepas musibah tu, aku jadi double hati-hati. Haha. Curiga dengan semua makanan. Tapi curiga je, pastu aku makan gak. heh.

Masa sakit tu macam-macam ada dalam pale otak aku ni. Takut aku kena virus macam-macam. Mana tak nya, segala simptom ada. Tapi aku senyapkan. Bila da kronik baru habaq btoi2 kat ibu ayah, tak pasal2 kena bebel. Degil.

Okeylah. Banyak urusan yang perlu aku setelkan. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin. ^^

Thursday, March 29, 2012

stress

Assalamualaikum.

Pertamanya aku mohon maaf kepada sesiapa yang aku tak mampu nak puaskan hati dan bantu sepenuhnya dalam apa jua pekerjaan. Aku suka membantu tapi apa kan daya diri ini tak mampu untuk puaskan hati semua pihak dalam satu masa.

Minggu ni minggu yang agak stress buat aku. Minggu ni nak hantar sampel, nak siapkan analisis saiz butiran ditambah dengan kelas. Lepas tu, dengan kerja sampingan aku uruskan orang dan melayan kerenah orang yang macam-macam. Otak aku kalut. Nak muntah.

Rasa macam akan kena xtend je. Tak mau, mau nangis boleh tak?huhu..

Walaupun aku tak pernah marah secara live tapi aku ini masih manusia, maka aku masih kenal erti marah. Tolong jangan ambil kesempatan bila aku bersabar dan terima saja apa yang korang buat. Aku diam, tak bermakna aku suka.huhu..

Dah lah aku tengah serabut fikir hal aku ni. Nak ditambah lagi dengan macam-macam. Nak muntah aku dibuatnya. Tolonglah hantar orang keliling yang memberi ketenangan dan keseronokan untuk aku teruskan hidup di sini, di dunia UKM ini.

Ya ALLAH, bantulah hamba MU ini. KAU kuatkanlah semangat hamba ya ALLAH. Berikanlah ketenangan dan keceriaan kepada hamba dalam menempuh hidup ini ya ALLAH. Ameen. :)

Thursday, March 22, 2012

MeReKa.

Assalamualaikum.

Kekok rasanya bila dah lama tak menulis cerita di sini. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat NYA kerana masih diberi kesempatan bernafas dan cuba menjadi manusia yang berguna untuk semua. InsyaALLAH.

Ermm..cerita hidup sangat berlainan. Aku berubah, keadaan sekeliling juga berubah. Kadang-kadang aku terasa rindu yang teramat sangat keadaan dahulu, pemikiran dahulu dan gaya dahulu. Tapi semua itu hanya tinggal kenangan. Hanya gambar dan memori sahaja yang dapat mengubat rasa rindu ini.

Aku kini lebih banyak menyendiri. Bekerja, bekerja, bekerja dan tido. Di hujung minggu sibuk dengan aktiviti luar. Sudah tidak berkesempatan untuk bersosial dengan kawan-kawan. Sedih sebenarnya bila tak dapat kesempatan itu, tapi bila fikirkan tanggungjawab dan juga masa depan sedih itu terpaksa aku buang jauh-jauh.

Semoga semua yang pernah ada dalam memori lalu hidup dengan baik di dalam redha-NYA.

*sayang rindu pasti akan hadir kerana mereka semua insan yang pernah buat diri ini tersenyum walau pun hanya seketika*

Saturday, March 10, 2012

baharu.

Baharu. Bukan baharu sebenarnya tetapi berubah. Keadaan sudah berubah. Hidup tidak semudah dahulu. Semakin banyak perkara perlu diambil kira. Aku sesak dengan realiti hidup ini.
Banyak sangat drama dunia, mungkin aku juga akan menjadi pelakon untuk pentas dunia ni tak lama lagi.

Susah bila ia berkait dengan hubungan sesama manusia. Payah dan mungkin juga mustahil untuk aku memenuhi semua kehendak dan citarasa mereka. Serabut. Tapi itulah hakikat dunia.

Ya ALLAH, kuatkanlah diri ini untuk menghadapi segalanya. Aku tahu ENGKAU menurunkan sesuatu itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Aku menganggap ujian dari MU ini adalah untuk mendidik kesabaranku ke tahap yang maksima. Semoga aku sentiasa berada di bawah payung lindungan MU ya ALLAH. amin.

*sabar itu keteguhan hati*

Saturday, February 18, 2012

kehidupan baharu

assalamualaikum.

lama rasanya aku tidak menulis di laman luahan rasa ini. sekarang ini, kehidupan makin mencabar dan masa semakin suntuk buat aku. entah kenapa aku memperihalkan ianya sedemikian rupa.

sekarang ini, aku bersama rumate sementara aku (zati). seronok juga bila dapat dan kenal dia semula, maksud aku berbual panjang. dia menarik. cara dia simple. aku suka sebab memberi aku inspirasi untuk memburu kehidupan yang tenang.

untuk sekarang ini, apa yang ada dalam kepala aku adalah nak habiskan pengajian secepat yang mungkin. semoga aku dipermudahkan segala urusan, amin.

sebenarnya, secara peribadinya aku akui perasaan gemar bermain makin terhakis dalam diri ini. mungkin selepas ini tiada lagi istilah main di dalam kamus hidup aku. entah kenapa, aku seolah rasa masa untuk aku singkat.

aku nak rasa semua nikmat dunia ini. paling aku nak adalah kasih sayang. nikmat teragung dan terindah. kemudian diikuti oleh sesuatu pencapaian yang mampu membuat aku rasa seronok dan bangga dengan diri sendiri. sehingga saat ini, aku hanya seorang yang biasa-biasa sahaja. tiada pencapaian yang boleh dibanggakan.

bila aku hidup di atas dasar kasih sayang, maka secara automatik aku akan menjadikan kasih sayang itu sebagai suatu keperluan dan kepentingan. membuat mereka bahagia, aku jua turut bahagia. cuma kadang-kadang aku gemar merungut kerana keinginan tidak terlaksana.

tetapi ALLAH itu maha adil, DIA tarik matahari dari aku tapi DIA gantikan suatu yang lebih indah iaitu pelangi buat aku. oleh kerana itu, aku perlu sentiasa ingat dan bersyukur kerana setiap jalan yang aku peroleh pasti tersimpul suatu yang berharga. bezanya sama ada aku dapat menilai ianya atau tidak. itu sahaja.

kesabaran adalah buah yang paling manis bagi suatu kehidupan. itu realiti. pegang sampai bila-bila ye e'in. :)