Saturday, October 13, 2012

rasa yang pelik

Salam.

Bila tengok tajuk entri ni mesti macam-macam benda yang boleh dikaitkan dengan rasa yang pelik ni. Tapi disebabkan malam ni sejuk dan mendamaikan, tetiba nak feeling-feelings romantik sikit. euwww..hehe..sorry.

Lama tak cakap benda-benda euwww gini. Sebenarnya baru lepas tengok Adam Hawa tadi. hehe.. Hari ni bertambah-tambahlah emo aku kat watak hero kedua cerita ni, geram.Tapi tu lah, si Ain ni pun satu. Betul ke suka si Johan tu, pada hal terang-terang sebenarnya hati kau tu tunggu Am. haha. Emo-emo.

Kenapa?Takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. haha. Masuk ke? Macam tak masuk je perumpamaan ni, sebab Ain tak pun kejar Adam. Nope, actually dia kejar sebenarnya tapi dalam diam. Hati dia mengejar Am, cuma masih mahu dan tunggu Am betul-betul datang dan buktikan segala kesungguhan. Ecehhh. Pepandai je ko eh e'in. Ko macam nak cakap diri sendiri je ni sebenarnya. haha.

Menggediks. (hati berbunga nak pergi lab esok, sebab nak buat kerja. Okey, ini tipu ye. haha. Aku berbunga bukan sebab ini.) ;p

..

Okey, cukuplah emosi pasal cerita yang hanya rekaan bukan realiti tu. haha. Sebenarnya tujuan selitkan cerita Adam Hawa tu sebab ianya ada lah juga kaitan dengan tajuk entri kali ni. heh..

Tak ada lah bukan apa, kalau dalam cerita Adam Hawa ni. Tak adalah pelik sangat pun, tapi pelik lah juga. (okey, aku cakap dah putar-puta macam k*****) haish. Suruh jadi lawyer tamau, tapi kalau bab putar-memutar ni memang aku agaknya. Yerkeh?

Dalam cerita ni, dari tak ada perasaan kepada ada perasaan tapi perasaan itu bukan perasaan yang indah. Tetapi perasaan yang perit iaitu benci. Then kemudiannya bertukar menjadi rindu, sayang dan benda tu lah. Lof (style org korea sebut, tapi dalam bahasa korea "sarang"). Peliknya di sini adalah segala mampu berubah ting! Juz like that, because... Tapi all of this kita kena berbalik semula kepada pencipta kita. DIA yang control segala, tetapi senjata yang mampu mengubahnya adalah doa. 

Dengan itu, rajin-rajinlah berdoa kepadaNYA. Minta segalanya dengan DIA, insyaALLAH akan dikabulkan kerana ALLAH itu MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG dan juga sentiasa mendengar.

Perasaan (cinta) ini adalah subjektif. Setiap orang ada pandangan tersendiri mengenainya. Lihat kepada bagaimana cara individu itu melihat dan menilainya dari sudut serta perspektif yang berbeza. Bak kata orang rambut sama hitam hati lain-lain. Jadi di sini juga boleh nak dikatakan banyak udang banyak garam, banyak orang banyaklah ragamnya. 

Kalau diteliti dan diamati dari dua perumpamaan yang seakan sama maksudnya jika kita berjaya  mengaitkannya, sebenarnya tiap individu itu dijadikan berbeza. Berbeza dari segi rupa, tahap IQ, cara penafsiran suatu benda dan macam-macam lagilah. So, di sini dah terbukti bahawa tiap orang ada pandangannya tersendiri. Mungkin akan ada kelompok atau golongan yang akan bersependapat tapi itu hanya minor. Lagi-lagi dalam benda yang sangat subjektif sebegini.

Hamboi, dah macam buat karangan sekolah je entri aku ni. haha.

Ada juga orang yang percaya dan tunggu benda dalam mimpi, maksud aku hanya fantasi. Tapi bukan hanya menunggu ianya diiringijuga dengan doa. Namun dek kerana yakin dan percaya, fantasi itu mampu menjadi realiti. Ada juga yang sebegini.

Kadang-kadang even dah banyak kali disakiti dan dilukai, rasa yang pelik ini tak pernah pudar bahkan jadi semakin kuat. Pelikkan? Sepatutnya dan kebiasaannya pada logik akal, bila kita disakiti pasti perasaan tak suka atau benci itu timbul. Tapi tidak, tetapi yang sebaliknya berlaku. 

Pelik rasa ni. Okeylah, malaslah merepek lagi. Terima kasih kepada sesiapa yang baca entri ni, kalau rasa sakit hati sebab rasa annoyed ke hape, sorry. Tapi ada aku kesah. haha. Nope lah gurau je. Anyway thanxlah sebab sudi scroll smpai abeh entri ni. hehe..kalau dapat tangkap point entri, "syabas betha!!" haha..if not,try lah lagi nanti ye. 

Nanyte..








No comments:

Post a Comment