Monday, November 5, 2012

susahnya

Assalamualaikum.

Entri kali ni aku nak cerita susahnya buat research yang tiada senior sebelum ni buat. Seksa. Rasa geram dan kekadang ada juga rasa dah malas dan tak mahu dah. Rasa nak hentikan semua ini. Okey, ini lakonan. hahaha.. Aku takkan dengan senangnya give up. Sorry eh.

Itu mukaddimah je, tak ada kena mengena sangat dengan entri kali ni.

Lately ni banyak sangat benda yang mencabar kesabaran dan memerlukan ketabahan yang tinggi untuk mengharunginya. Perlu cekal. Hidup masih panjang dan perlu diteruskan. Perlu kuat demi ibu ayah dan adik-adik yang memerlukan perhatian dan dorongan untuk mara ke hadapan.

Ya ALLAH.

...huh

Dulu aku pernah cakap aku mampu korbankan cita demi kasih. Tapi bila peluang itu datang depan mata, kenapa aku gusar dan hati jadi berbelah bagi. Perlukah aku ambil peluang ini dan letakkan hubungan dalam risiko?Aku percaya diri aku tetapi jika aku bertindak begini pasti akan melukakan hatinya.

Entahlah, dulu macam senang je aku nak cuba korbankan tapi sekarang aku rasa macam agak payah. Mungkin kerana peluang itu sudah ada depan mata, cuma tunggu masa untuk aku "grab".

Tapi akhirnya aku memilih pejamkan mata dan biar peluang itu berlalu pergi. Sedih.

Siapa pun aku selepas ini, semoga aku sentiasa dalam rahmatNYA. :)




No comments:

Post a Comment