Tuesday, April 26, 2011

::..bila perkara yg tidak sedap didengar keluar..::

Huh. Lately nih kan, kesabaran aku sentiasa diuji. Makin banyak aku serap dan tenang, makin banyak yang datang menguji. Sabar e'in, ape pun yang dikatakan kau tak boleh mengalah. Jangan pernah sesekali mengalah dan berang, senyum jeh. Paling penting balasan tuturan ko tetap tenang dan lembut.

Cbe berlagak ramah, walaupun dalam hati rase nak menjerit. Hahaha. Sabau jeh lah aku. Alhamdulillah, satu-satu perkara yang memberi tekanan kepada aku hampir selesai satu persatu. Sumpah penat, tapi aku pelik sebab aku tak pernah serik. Walaupun mulut aku kate serik tapi perlakuan dan perbuatan aku tak menunjukkan sebarang tanda bahawa aku serik. Hahaha.

Ngek!!

Ya ALLAH. Apa pun yang terjadi selepas ini aku bergantung kepada-MU kerana hanya KAU sahaja yang mampu mengubah segalanya. Permudahkanlah segala urusanku di dunia ini ya ALLAH. Berilah ketenangan dan akal fikiran yang cerdas untuk menyelesaikan semua masalah yang aku hadapi.Berkatilah hidupku ya ALLAH.

..sok exam,permudahkanlah aku ya ALLAH..lusa pun exam lagi, aku mohon semua yang keluar di dalam range pengetahuanku.. ameen~

tak sabar nak abehkn degree nihhh..wuuuu~


Wednesday, April 20, 2011

liku menuju kenangan..

Esok bdak bio marin dah last paper, maka maknanya peluang untuk ketemu mereka2 ini sangat tipis. Korang sok wat yang terbaek untuk paper last korang taw.

Aku dan oceanographers yg laen masih bertahan dan bertepek di UKM terchenta nih sehinggalah 28hb iaitu paper terakhir, METEOROLOGI DINAMIK. Tapi degree masih bloom lengkap, masih ada 6 unit lagi yang perlu aku dan dak2 marin selesaikan untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Laut.

Huhu..

Ada yang berkumpulan LI, ada gak yang sorang-morang. Contohnye cam Auji, A'idah, aku dan mereka2 yang akan bersorang menghadapi LI. No more kawan2 marin bersama. Huhu. Terkontang-kantinglah sorg2 nanti. Fine, aku cuakkkszzz~

Cne pun tahap kecuakkan aku, aku kena gak hadap mende nih. So, mari positifkan diri dan suasana. Hehe~

Pasnih, masing2 bawa haluan sendiri dah. Balik ke tempat asal masing2. Jauh. Cme kenangan jeh yang akan wat kte semua rse dekat. Aku akan rindu korang, aku juga akan kenang korang. Itu aku yakin dan pasti.

Nti kalo ada yang rajen, dalam mase 2-5 taon dari skunk untuk wat reunion. Aku akan tolong, tapi untuk aku jadik kepala yang m'organize cm payah jeh. Tapi pape pun ,aku hope sangat ada lah nti reunion Marine UKM '08/'11.

ALL THE BEST korang sume untuk kehidupan korg pasnih. Sayang sume dak UKM terutamanya "kanak2 marin 'o8/'11" nih.

okiesss lah. sebak dah rsenye nk meneruskan entri nih, cam xbpe nk mampu dah. Kte semua akan jauh dan bz dengan kehidupan masing2, tapi kenangan akan wat aku rse dekat ngan korang sume.

n__n

Monday, April 18, 2011

tak pandai tuleh da..

o0wh..manyaknye sawang kt belog ak nih. haih. nampak sangat usang. hahaha. tapi tak peh, bukan ada yang menjenguk pun.

keh3.

yerkeh?btolkah??..

disebabkan ke- bz- an + kengekan atau senang kate penangan tesis di saat akhir mahu menjilidkannye buat ak sangat2 terseksa. tak pernah rse terseksa cmnih sebelum nih ngan tesis.walaupun terseksa tahap dewa cmnih, tapi aku rse aku blo0m serik lagi koot.

cdeynye bler mengenangkan akan berpisah ngan kengkawan marin. ye, ak memang tak rapat mana. tapi jujur aku kate, aku rse kehilangan yang amat sekarang nih. dah lah aku LI sowg2. huhu.

sedihnye tak ley maen air sme2 lagi. huhu. tak ley berjoyah n kiah2 sme2 lagi. gosip sne sini. rndu makan di kafe beramai2. rndu itu semua.

sekarang tak nak rndu ukm lagi, sbb kompem adik aku akan ke sini. memang nampak gaya cam pat bradik nih akan beranak pinak di UKM. sengal. tak variasi langsung. hahaha.

aku baru berangan adik aku ke UTM. mo jalan2. hahaha. teringin gak mo masuk nengok UTM tuh. heh~

pastu aku soh adek ak yang laen masuk UIA, tak pun USM. wah, seronoknye. ley jalan2. keh3~

rabu nih aku ad exam, satu hape pun tak bce lagi. okeh, itu tpu. ada lah ak bace, tapi bagi aku secipooot sangat. tak ley mendatangkan konpiden dalam dri untuk menipu a.k.a mengoreng dalam paper tuh nti. hak3~

aku memang ske menipu dan manipulasi dalam setiap paper yang aku jawab. hahaha.

itu cre aku blaja. aku sarankan sila jangan tiru. kerana ia akan membawa kepada kesengalan dalam hidup.

satu benda yang aku perasan sekarang nih adalah aku tak pandai menulis dah. kalo sekrang korg soh aku amek bentuk2 penulisan tuh. kompem2 aku takkan dapat A. kompem. sebab kebluran tahap maksima ak nih datang bersama cara pengolahan yang sangat lemah.

huhuhu..

cdeynye. tak pandai mengarang dah. menci2. sob3~ nih sume gara2 tesis. motip tol aku nih salahkan tesis ku yang tak berdosa itu.

mari belajar dari kesilapan dan kegagalan hidup. tetiba jeh. e'in, sila kuatkan diri anda untuk hari2 yang mendatang. kerana ianya baru sahaja bermula. :)

Thursday, April 7, 2011

viva xlah seterok yg ak bayangkan..

Hahaha..

Viva tadi tak adalah seterok yang aku banyangkan. Sesunggunhya aku memang complicated dan ske psiko diri sendiri pastu nanti orang yang mudah percaya kata-kata aku akan ikut aku. Hadoi. Dasat tol aku nih.

Pada hal, ley gelak2 bagai ngan lecterer dan aku mampu jeh goreng ngan baek ape yang ditanya tapi aku ada masalah besar kerana tesis aku bermasalah. Bagi aku masalah ini adalah besar kerana pada ketika ini aku rasa nak muntah dah ngan tesis aku tuh.

Tak nak dah betolkan. Tapi mistake yang aku wat adalah mistake yang telah aku jangka. Aku wat silly mistakes. Malu besar pada diri sendiri dan masyarakat awam.

Gilo!!..

Pape pun tahniah kepada diri sendiri kerana telah berjaya mengharungi viva yang menarik itu. Bak si Ipin. Viva menarik, dye yelah menarik minum bagai kat dalam tu. Tak mampu aku nak tunggu dye abeh, perut aku dah berkeroncong zapin bagai dah tadi.

yeahhhh..penyeksaan batin dah lepas..tnggal yg zahir..semoga aku dapat m'habiskan semua ini dengan jayanya~~

ooo0oo..tesis..baru sekarang aku rse kau sungguh menyeksaku. Selama ini, aku bahagia ada kau denganku.

yeay!!Dah nak habis. Bestnyerrr~~ Mari mulakan hidup baru. ;)

Monday, April 4, 2011

..:: berdebar seram ::..

Aku berdebar seram. Sesungguhnya aku dapat rasa bakal dihentam trox oleh para pensyarah nanti. Aku mohon supaya diri ini mampu hadapi dengan tenang dan tabah.

Takoot sangat2. Aku rasa ape yang aku wat tuh cam "******". Tapi ape pun itu adalah usaha aku, 100% usaha aku taw. huk3~

Aku bangga dengan usaha aku itu tapi aku takoot + cuak ape yang aku wat tak menepati citarasa para pensyarah esp. my PEMERIKSA. Kapokk!!..

Huhuu..

Kalo aku nanges cne??..huuu~

Ya ALLAH, bantulah hamba-Mu ini. Berikanlah kemudahan kepadaku dalam melalui liku2 terakhir sebagai seorang mahasiswa ijazah sarjanamuda. Kurniakan ketenangan yang lur biasa seperti yang KAU pernah kurniakan kepadaku semasa dahulu.

Fasihkanlah lidahku untuk bertutur dan cantekkanlah pengaliran idea di dalam mindaku ya ALLAH. Aku mohon juga kekuatan daripada-Mu ya ALLAH. Hanya KAU yang paling berkuasa dalam menentukan semuanya.

Ameen~~ :) *kalo ad mistake pun, hope cme minor jeh*