Friday, October 12, 2012

Segala macam sem 3

Rasa bahagia dengan kehidupan sekarang. Sendiri. Bila perlu, bila tiba masa ada teman. Teman borak, teman bergurau, teman bertukar pendapat, teman perbincangan, teman seperjuangan. Teman itu adalah kawan-kawan aku. Dari kenalan bertukar menjadi kawan.

Ada juga kadang-kadang perasaan tersisih, sekejap, betul ke word "tersisih" ni. Ermm, bukan tersisih koot tapi rasa a bit jealous bila perbualan bukan dalam lingkungan pengetahuanku. Tapi, ini semua normal sebenarnya sebab perasaan ini yang buat kehidupanku betul-betul hidup.

Dengan adanya perasaan sebegini  dalam hatiku, aku akan lebih menghargai orang sekeliling aku dan juga masa yang diluangkan bersama. Akan aku kutip segala pengalaman dan kenangan. InsyaALLAH panjang jodoh kita semua, kita akan kekal berkawan. 

Bunyinya seolah aku akan pergi jauh je. Sebenarnya tidak pun, cuma kita tak tahu ajal maut kita bila. Andai aku pergi dahulu, aku titipkan kemaafan dari hati dan halalkan segala yang telah aku ambil dan aku terima dari kalian. Mungkin tidak semua akan tahu entri ini, tetapi andai aku pergi aku ingin siapa yang membaca entri ini tolong sampaikan dan khabarkan kepada yang lain.

..

Sekarang aku mencari, mungkin bukan mencari tetapi sedang membina identiti diri. Mungkin yang baru atau mungkin jua hanya menambah baikkan apa yang sedia ada ini. Cuba menjadi yang terbaik dan juga fleksibel untuk status akan datang. 

Okey cukup cerita kini & akan datang.

..

Lets terjun ke cerita research aku pula. Kadang-kadang aku give up dengan jalan ni. Tapi hanya mulut kata give up, hakikatnya aku masih mencari jalan untuk teruskannya. Itu memang aku koot. Bila diselidik balik, kenapa aku susah sangat nak suka jalan ni. Kalau Allah dah dorongkan aku ke jalan ni mesti ada hikmah yang cantik di sebalik semua ni. Ini takdir. 

Setelah hampir tiga semester aku laluinya, sebenarnya aku masih belum dapat terima sepenuhnya dengan hati terbuka bahawa ini adalah jalanku. Adakah aku ini cuba melawan takdir yang telah ditetapkan kepadaku?atau aku ini sebenarnya kufur nikmat?. Sesungguhnya aku tidak pernah dan tidak mahu tergolong dalam dua kategori ini. Lindungilah aku wahai PENCIPTAku.

Tetapi sekarang, aku cuba sedaya upaya dan paksa diri aku untuk terus suka dan cinta akan jalan ini. Mungkin pada mata orang lain sudah agak terlewat sebenarnya, tapi bagi aku masih sempat untuk aku mengubah pandangan aku terhadap jalan yang aku ambil ini.

Walaupun tak berapa ramai yang menyokong dan memberi semangat tetapi bukanlah langsung tiada. Kadang-kadang tak faham dengan orang yang suka buat orang down. Sebab tu kalau aku terasa atau down dengan seseorang, aku pilih diam dan jauhkan diri seketika. Aku perlu masa untuk digest apa yang aku dengar, macam digest sampel kat lab tu. Ambil masa 2-4 jam, bergantung pada method yang kita guna dan objektif eksperimen kita tu. 

Kalau aku asyik fikir benda macam tu boleh mati koot diri ni. So, lebih baik jauhkan diri dari mendengar benda yang telinga tak berapa suka tapi bukan bermaksud tak boleh terima. Aku tak salahkan mereka, sebab mungkin hati ini dah jadi makin kecil. Susah untuk kompromi dah dengan kritikan. Dulu aku tak perlu masa yang panjang untuk digest kritikan. Aku mampu tepis dengan mudah. 

Dengan berpegang prinsip yang mudah, "ada aku kesah". Aku mampu ignore benda yang negatif itu dari diri aku. But now, mungkin aku dah berubah i do kesah hampir semua benda se-details-nya. Menyusahkan diri sendiri je kan. Walau macam mana pun, aku boleh pulihkan semula semua ni. Sebab aku sayang diri aku. hehe.

..

Di sini juga aku mahu berterima kasih kat tikah, mun, eja dan wiwin di atas suprise bufday's celebration yang menyeramkan tu. Thanx. My second bufday's celebration yang suprise2. Thank you!!



 

 


No comments:

Post a Comment