Thursday, March 22, 2012

MeReKa.

Assalamualaikum.

Kekok rasanya bila dah lama tak menulis cerita di sini. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat NYA kerana masih diberi kesempatan bernafas dan cuba menjadi manusia yang berguna untuk semua. InsyaALLAH.

Ermm..cerita hidup sangat berlainan. Aku berubah, keadaan sekeliling juga berubah. Kadang-kadang aku terasa rindu yang teramat sangat keadaan dahulu, pemikiran dahulu dan gaya dahulu. Tapi semua itu hanya tinggal kenangan. Hanya gambar dan memori sahaja yang dapat mengubat rasa rindu ini.

Aku kini lebih banyak menyendiri. Bekerja, bekerja, bekerja dan tido. Di hujung minggu sibuk dengan aktiviti luar. Sudah tidak berkesempatan untuk bersosial dengan kawan-kawan. Sedih sebenarnya bila tak dapat kesempatan itu, tapi bila fikirkan tanggungjawab dan juga masa depan sedih itu terpaksa aku buang jauh-jauh.

Semoga semua yang pernah ada dalam memori lalu hidup dengan baik di dalam redha-NYA.

*sayang rindu pasti akan hadir kerana mereka semua insan yang pernah buat diri ini tersenyum walau pun hanya seketika*

5 comments:

  1. aku sedih..tapi aku paham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry sebab masa yg ciluangkan tak banyak..huuu~
      semoga hidup kita semua sentiasa dalam redha-NYA..:)

      Delete
  2. ameen InsyaAllah.. :)
    huhu sori gak xdpt nak bantu ko pape..

    ReplyDelete
  3. tolong doakn kejayaan kte bersama itu sudah cukup..semoga urusan kte dunia akhrat dipermudahkan..maaf sbb tak mampu jadi kawan yang baik utk ko..huu~

    ReplyDelete
  4. ko kawan aku yang sangat baik..

    ReplyDelete