Tuesday, May 15, 2012

mana nak cari kekuatan.

Salam.

Tarik nafas dalam-dalam. Senyum walaupun ianya hambar. Yakin pada diri. InsyaALLAH aku mampu. Okey, sebenarnya aku down. Sangat down. Tapi aku tak mahu down lama-lama sebab bukannya boleh ubah apa-apa pun.

Ya ALLAH, menggigil bila terpaksa terima kenyataan bahawa aku telah bazirkan satu sem macam tu je tanpa hasil yang boleh dipanggil hasil. Sedih. Aku betul-betul frust ni. Okey, my SV kata aku tak perlu kejar seminar ni gila-gila lagi. Huarghhh.

Sebab data memang totally tak ley nak dibuat apa. Tak cantik. Kenapalah perlu guna BF3 tu. haishhh. Kenapa dengan menggunakan BF3 tu baru result besttt. Persoalan pokok, kenapa sifat BF3 tu macam tu. Banyak sangat kenapa. Tu namanya orang suka mengeluh. Tak elok e'in oi. Namoh-namoh.

*tarik nafas dalam-dalam lagi sekali*

Senyum lagi. Mana nak cari kekuatan ni. Ya ALLAH, aku tahu KAU berikan aku ujian sebegini kerana bagi MU aku mampu menghadapinya. Tetapi aku rasa kekuatan untuk aku bertahan sangat nipis sekarang ini. Di mana dapat ku cari kekuatan untuk hadapi hidup seperti biasa. Ya ALLAH.

nak nangis lagi boleh dop?huhu~

Dua sem ni pun aku da rasa serabut ayam. Mana keyakinan yang kuatkan aku untuk tempuh dan masuk jalan ni. Mana, mana??..

Tiupkan roh kekuatan di dalam diri aku. Aku nak. Nakkkk~ mahu..Nobody will understand my situation unless they face it themselves.

Sabar e'in. Sabar then relax, kerana akal yang berada di dalam keadaan yang lebih tenang akan mennghasilkan idea yang lebih baik. Susun semula strategi anda. Susun semula. Cari semula keyakinan dan kekuatan diri kau. Kau mampu, insyaALLAH.

Sabar sayang, percaya dengan kemampuan diri sendiri. Amin ya ALLAH..:)


No comments:

Post a Comment