Sunday, May 20, 2012

hari ceria.

Salam.

Terima kasih ya ALLAH kerana datangkan panas untukku pada hari ini. Senyum bahagia. Hari ni happy untuk banyak perkara.

Hidup ada pasang surutnya, dalam hati tak sabar menanti "hari panas" untuk research aku. Aku mahu tersenyum puas. Ya ALLAH, permudahkan urusanku. Perlu kerja extravaganza sedikit untuk dapatkan hari itu.

Baru aku boleh fikirkan hal lain dengan lebih serius dan kritikal. Satu persatu perlu ku selesaikan dahulu. Perlu ada perancangan rapi agar semuanya okey nanti. Bantulah aku ya ALLAH. Tetapkan hatiku & berikan aku petunjuk menuju redha MU. Istiqamahkan aku dalam segala pekerjaan baik yang ku lakukan.

Hari ni dapat macam-macam. Murah rezekilah hari ni. Sukanya. Dapat makanan, dapat hadiah..eh nope..ole2 dr ary omey tu. hehe..Moga ALLAH murahkan rezeki beliau & beri kehidupan yang bahagia kepada beliau. Amin. Thanx ary.

Hari ni makan semua berteman. Rasa remaja kembali, setelah lama forever alone. haha. Lunch wif fwen & kenalan lama serta baru. Thanx korg. Then dinner, dengan ary dan tkah pula. Maceh awk & awk sebab sudi jenguk kita yang tpisah jauh ni. Nak tacin ley dop??haha~ tamo2, non-helok. haha..slalu org guna "non-hado"..kali ni aku guna non-helok..tak paham p google eh, harap jumpa lah.

Sebenarnya dalam gembira masih ada rasa takut & risau. Tak chill lah aku ni kan. Apa pun aku cuma mengharapkan yang terbaik untuk aku dunia akhirat. Amin. Hidup kita tak tahu sampai bila, semoga aku sentiasa zikrulmaut & tidak mudah lalai dengan keindahan dunia yang sementara ini.

Hari yang indah, aku ku kenang walaupun hanya sebentar kenangan itu. :)

No comments:

Post a Comment