Wednesday, June 20, 2012

give up

Salam.

Memang seperti yang aku sangka, banyak sangat dugaan dan kekangan dalam buat master by research ni. Kadang-kadang rasa macam dah tak sanggup je. Rimas. Aku rimas sebab ada perasaan tak sabar nak habis, sebab nak naek pentas lagi. Dulu grad macam tak grad je, no feelings. Hurmmphh..

Hampehhh..

Bukan senang ma nak nek pentas sambil pakai baju kaler purple gerbang tu. Nak naek pentas lagi. Nak naek pentas. Rindu. haha.. Saya suka grad. Boleh dop gtu?

Pasnih no more sambung eh e'in, stop eh study. Pergi kais duit banyak-banyak. Sebab banyak sangat hal menuntut yang memerlukan duit. huhu.. Jangan tersambung lagi cam Master ni udah ler eh. Janganlah datang offer, kang aku fikir 18 kali then ditambah dengan keadaaan semasa aku pong grab. Master ni tak peh sebab memang ko nak belajar sampai takat ni at least. huargghh~

Rasanya cukup dah kot untuk akunye masa study. Lama dah ni. Walaupun sebenarnya menuntut ilmu tu tak akan pernah habis dan ianya adalah aktiviti sepanjang hayat. Tapi untuk belajar formal ni mungkin cukup setakat master ni.

Ya ALLAH, bantulah aku ya ALLAH. Smoothkanlah semua semula ya ALLAH. Janganlah ada tangguhan lagi, tak keruan hati dan kepala ni fikir. Nak muntah. Lembutkanlah hati mereka yang berkaitan denganku untuk membantu mempercepatkan proses kerjaku. Walaupun orang kate, i got too many masa. But for me myself, sangatlah kesuntukan dan sedikit je masa yang tinggal.

GO go Power Rangers. Ape pulop Power Rangers. Go e'in Go lah patutnya. hahaha. Biasalah, orang di kala down-down core memang cengginih. Sedih di dalam, epi di luar. Allah je tahu apa hati aku sedang lalui. ecehhhh~ tacin benor bunyinya.

Correction udah ku bereskan tapi yang perlu ditambah belum siap lagi. No feeling nak tulislah, tapi kena paksa juga. Nak grad juga. Huargghhh..Hope sangat my bantuan tu dapat disambungkan at least for next sem. Plishhh..

Kepada sesiapa yang ada menyinggah di sini, ku pohon kalian tolong doakan untuk aku. Mudah segala pekerjaaan aku di dunia ini, khasnya dalam mendapatkan ijazah sarjana ni. Hampir pecah kepala aku fikirkan penangguhan yang sia-sia ni. Tak suka!

Semoga rezeki aku murah dan mencurah-curah ke ladang akaun. haha. Segalanya dapatku sempurnakan dengan baik. Amin. Ya ALLAH, aku mohon agar pintu rezeki sentiasa luas terbuka untuk diriku dan keluargaku.  :)

.:: namoh give up, Keep FightHinG ::.



No comments:

Post a Comment