Tuesday, July 19, 2011

pilihan ALLAH adalah yang terbaek..

Aku tidak tahu dan tidak pasti ketetapan yang telah diaturkan untuk aku. Segalanya bukan dalam bidang kuasaku. Aku hanya manusia biasa yang bisa merancang tetapi ketentuan hakiki hanya milik PENCIPTA ku. Hanya DIA yang maha mengetahui segalanya.

ermm..

Kalau masakan tawar, apa yang perlu ditambah adalah garam. Tapi jika hati pula yang tawar, apa pula yang perlu ditambah untuk memulihkan rasa itu??Kesalahan memang untuk dimaafi, bukan hati tidak mahu memaafkan. Hati sentiasa memaafkan walaupun bibir menuturkan tidak. Namun, jika kesalahan yang sama berulang dan sentiasa berulang. Fikirkan apa yang akan terjadi kepada hati.

Sebenarnya tiada kesalahan jika ditilik semula, cuma cara itu tidak sesuai dan tidak masuk dengan jiwa aku. Bukan aku tidak pernah cuba, aku sentiasa mencuba. Aku sentiasa kuatkan hati dan cuba pejamkan sebelah mata akan perkara tersebut. Tetapi, akhirnya aku kecundang juga bila hati ini tidak mampu lagi menelan segala dengan baik. Hati sakit.

Aku sering terfikir, mungkin sekarang senang untuk aku menghukum itu satu kesalahan. Mana tahu satu hari nanti aku dituntut menghadapi situasi seperti itu. Jadi, aku kembalikan rasional aku menimbang semula perkara tersebut. Entahlah.

Memang seronok dan bahagia jika penyatuan jiwa itu adalah dengan orang yang kita cintai. Tapi percayalah berjayanya satu penyatuan jiwa yang sebenar adalah sama-sama saling menjaga hati masing-masing dan sentiasa menjadikan tanggungjawab sebagai perkara utama. Sekarang tanggungjawab belum lagi menjadi topik utama tetapi dalam menuju ke alam tersebut diri perlulah dididik ke arah itu. Perlu membiasakan diri untuk menghadapi alam tersebut agar kemudian masalah serius tidak akan timbul.

heh..

Kenapa aku tiba-tiba cakap pasal soal nih ye. Ini semua sebab gara-gara majlis kakak sedara aku yang berlangsung hari sabtu yang lepas. Nengok dorg, tiba-tiba hormon serius aku terpercik dalam diri dengan begitu banyak. hahaha. Yerlah tuh. Nih nak melencong sikit ni, untuk pertama kali aku masak untuk makan adab2 pengantin. hohoo. Aku wat masakan sweet sour ikan bawal dan segala decoration yang ntah apa2 tuh adalah hasil kerja aku. hahaha. Lantak lah asal ada kan. Tapi nak bangga cket lah kt sini, masakan aku licin wey. Sheronok betol bagi orang makan.

Untuk pertama kali dalam urusan majlis perkahwinan, aku amek part dari awal sampai akhir. Tak ckup tidur dan rehat. Tapi aku hepi sangat. Tolong potong2 sambil bergosip dan kelam-kabut masak nasi minyak. hahaha. Sheronokkk sangat. Sangat happening, ini baru dikatakan majlis kawen!!..hehehe..

Cuma aku tak tahan bila orang asek cakap pasnih adalah majlis aku. Yerkeh majlis aku. Hati pun dah tak bpe nak kawen. Bukan sebab aku tak nak tapi aku terlalu banyak faktor yang menghalang diri ke arah itu. Bisakah aku dapat layanan macam seorang puteri seperti yang ayah pernah bagi kat ibu??..Begitukah sifat pemilik tulang rusuk yang ku pinjam ini.huuuu.

Sebagai pengakhiran entri kali ini, aku ingin titipkan serangkaian doa. Jika benar dye adalah pasangan terbaekku yang telah tercatat di arash-Mu, maka KAU kurniakanlah kesabaran yang tinggi dalam diriku menjaga hubungan ini. Berkatilah kami ya ALLAH. Ameen.(n__n)(^_^)

No comments:

Post a Comment