Saturday, January 8, 2011

npe aku tak bley buat cmbese nih..

npe aku tak bley buat cambese nih. npe??..

adakah kerana tahap kematangan aku semakin berkurang semakin usiaku kian bertambah. mana rasionalku. di manakah rasionalku. kenapa aku harus bersikap sebegini. aku sedar bahawa kedegilan hampir menguasai diri tapi aku tidak mampu melakukan apa-apa.

mengapa??..

untuk apa. sedangkan aku tahu hanya nestapa akan mengiringiku jika aku terus mempunyai rasa ini. siapa mahu mendengar rintihan aku. tiada siapa. hanya DIA, penciptaku sahaja yang sudi mendengar dan memahami jiwa aku yang kian terseksa dihimpit pelbagai rasa.

nah!! aku tiada teman yang sanggup bersusah, melenyap segala duka dan kekeliruan hati tatkala duhimpit pelbagai rasa.

kerana apa. kerana aku bukan siapa-siapa untuk sesiapa pun. sehingga hari ini terbukti kata-kataku dan peganganku terbukti benar. suatu masa nanti diri ini pasti akan sendiri.

aku mencari, aku dapat tetapi aku sendiri yang buang. ini jalan yang aku pilih. jalan kedegilan. jalan kerosakan. jalan mencari penghujung kekeliruan.

lenyapkanlah kedegilan, gantikanlah dengan kelembutan agar diri ini sentiasa berada di landasan dan tidak akan tersasar.

penuhilah diriku dengan rasional..

Janganlah KAU jadikan ku seorang yang tak mengenang jasa. Jadikanlah aku seorang insan yang tahu menghargai segala kebaikan yang telah aku terima dan jadikanlah aku seorang yang dipenuhi sifat mahmudah.

ameen~ berkatilah hidupku ya ALLAH. buangkan rajuk di hati ini agar kejernihan muncul lagi..

1 comment: