Friday, January 14, 2011

lembutkan hati ini, jauhkan ego itu..

ya ALLAH..lembutkan hati ini. Jauhkanlah ego itu. Janganlah KAU kembalikan aku ke zaman jahiliah aku dahulu. Aku tak mahu diri diselaputi egois lagi.

Aku mahu jadi manusia yang sederhana dalam segala perlakuanku. Lindungilah aku ya ALLAH. Dugaan dan persoalan apa sebenarnya yang sedang melanda diri ini.

Dah dua minggu aku kemalasan. Serius aku tak bekerja bersungguh-sungguh. Motivasi diri ini makin hari makin pudar. Aku tak ske diri dalam keadaan sebegini. Aku mahu diri ini sentiasa bermotivasi dan mempunyai semangat juang yang tinggi agar bintang itu milik aku.

Jika bintang tidak dapat ku gapai, aku masih ada langit yang cerah untuk mendamaikan resah di hati.

Belajar mengemudi lautan sendirian dan jadikan sifat bola tennis itu sebagai pegangan hidup. Aku~bola tennis. ;)

No comments:

Post a Comment