Friday, January 14, 2011

lembutkan hati ini, jauhkan ego itu..

ya ALLAH..lembutkan hati ini. Jauhkanlah ego itu. Janganlah KAU kembalikan aku ke zaman jahiliah aku dahulu. Aku tak mahu diri diselaputi egois lagi.

Aku mahu jadi manusia yang sederhana dalam segala perlakuanku. Lindungilah aku ya ALLAH. Dugaan dan persoalan apa sebenarnya yang sedang melanda diri ini.

Dah dua minggu aku kemalasan. Serius aku tak bekerja bersungguh-sungguh. Motivasi diri ini makin hari makin pudar. Aku tak ske diri dalam keadaan sebegini. Aku mahu diri ini sentiasa bermotivasi dan mempunyai semangat juang yang tinggi agar bintang itu milik aku.

Jika bintang tidak dapat ku gapai, aku masih ada langit yang cerah untuk mendamaikan resah di hati.

Belajar mengemudi lautan sendirian dan jadikan sifat bola tennis itu sebagai pegangan hidup. Aku~bola tennis. ;)

rasasangatinginmemberontak..

aku rasa sangat ingin memberontak. tak tawu kenapa. aku pun tak paham kenapa ada perasaan sebegini dalam diri aku sekarang nih. rasa macam semuanya sangat tak adil untuk aku.

apa yang aku inginkan payah untuk dapat support. aku hanya support diri sendiri. aku motivate diri sendiri untuk peroleh ape yang aku nak.

argghhh..kenapa aku nak ungkit semua ini.

kenapa aku rasa sekarang aku jadi jahat nih. diri aku dipenuhi unsur negatif. ya ALLAH, lindungilah hamba-MU ini.

kenapa aku matang sebelum usia itu tiba. kenapa aku perlu pk itu-ini dalam semua tindakan aku. kenapa aku jenis yang begini. kenapa aku tak bley wat ske2 cam yang aku wat untuk certain perkara.

kenapa.kenapa.kenapa.

TAK NAK JADI JAHAT. TAK NAK JADI JAHAT. TAK NAK..huuuuu~


Saturday, January 8, 2011

npe aku tak bley buat cmbese nih..

npe aku tak bley buat cambese nih. npe??..

adakah kerana tahap kematangan aku semakin berkurang semakin usiaku kian bertambah. mana rasionalku. di manakah rasionalku. kenapa aku harus bersikap sebegini. aku sedar bahawa kedegilan hampir menguasai diri tapi aku tidak mampu melakukan apa-apa.

mengapa??..

untuk apa. sedangkan aku tahu hanya nestapa akan mengiringiku jika aku terus mempunyai rasa ini. siapa mahu mendengar rintihan aku. tiada siapa. hanya DIA, penciptaku sahaja yang sudi mendengar dan memahami jiwa aku yang kian terseksa dihimpit pelbagai rasa.

nah!! aku tiada teman yang sanggup bersusah, melenyap segala duka dan kekeliruan hati tatkala duhimpit pelbagai rasa.

kerana apa. kerana aku bukan siapa-siapa untuk sesiapa pun. sehingga hari ini terbukti kata-kataku dan peganganku terbukti benar. suatu masa nanti diri ini pasti akan sendiri.

aku mencari, aku dapat tetapi aku sendiri yang buang. ini jalan yang aku pilih. jalan kedegilan. jalan kerosakan. jalan mencari penghujung kekeliruan.

lenyapkanlah kedegilan, gantikanlah dengan kelembutan agar diri ini sentiasa berada di landasan dan tidak akan tersasar.

penuhilah diriku dengan rasional..

Janganlah KAU jadikan ku seorang yang tak mengenang jasa. Jadikanlah aku seorang insan yang tahu menghargai segala kebaikan yang telah aku terima dan jadikanlah aku seorang yang dipenuhi sifat mahmudah.

ameen~ berkatilah hidupku ya ALLAH. buangkan rajuk di hati ini agar kejernihan muncul lagi..

Tuesday, January 4, 2011

kisah 4 jaN '11

bley b'nafas lega cket. tapi masih belum boleh tersenyum lega. huihh~

setelah pnat hampir sebulan++ menunggu turn ntuk detect kat icp, akhirnya hari itu telah tiba. usaha aku berkejar-kejaran dan turun-naek ke tingkat dua di bangunan biologi telah membuahkan hasil. dapat jgak aku m'detect sampel ku.huu..

tapi agak terseksa sedikit jiwa raga aku tadi. mana taknya, kul 8 dah kena pergi ke lab hanya untuk menyediakan stndard solution untuk detect. dengan mamai dan saket kpale sebab tak cukup tdo, aku pun buat solution tuh. hahaha..

seperti dalam jangkaan aku, memang tak accurate. wakakaka. hancus. lari aku pnyer stndard calibration. correlation aku hanya mampu mencapai 0.998. ermmm..

tak cukup tdo gara-gara terlalu rso akan detection arinih. hrmm. aku rse aku hanya mampu terlelap sekitar 4 pagi koot. aduhai. dasat tol aku nih kan.

aku tadi sebenarnya hampir give-up, arinih jeh aku dah turun-naek tingkat dua hampir 5 kali. gara-gara nak pastikan dapat detect. huuu..

sepatutnya aku detect pagi, tapi disebabkan aku ad kelas kul 10-11. so, encik penjaga icp mntak aku detect ptg. sebab pagi tuh dye ley setelkan org laen pnyer sampel. kesian encik tuh, banyak koot sampel. dah ler dye buat sorang2.

tapi sampel aku, aku detect sndri. mujur ada terence ricky tuh. tolong bukak kan tutup btol dan celupkan jarum tuh dalam botol. sebenarnya, seronok men icp nih. hehehe..

cme nak dapatkan masa untuk detect tuh seksa. serius seksa. aku kena maen kejar2 koot. men kol2 tanpa segan silu. hoh0oo..

dah dapat time dye, senang jeh. wat stndard, den p run sampel. bak kate encik AK tuh, ktorg jeh yang wat stndard sndri, yang laen tuh sume hantar sampel dan stndard sume sy yang buatkan. hoh0oo.

hope data nih sume okeh lah. doakan aku eh semua. huuu. rsonye. tak sabar nak habis degree.wuaaa..nak gak jadik cam kngkwan aku yang dah mencapai kestabilan hidup. dah ada kerja tetap. mahu gak.

huuu..semoga segalanya dipermudahkan oleh-NYA. ameenn~

p/s: nak mencaroot jap. ngeekkkk sangat org yang amek ikan bilis + cheese aku. dengan bekas2 aku lenyap. hoh0oo.

Monday, December 27, 2010

mari jadi seLfiSh..

Jom jadi selfish!!

Bunyi cam dah tak betul jeh kan ajak jadi selfish. Ntahlah. Aku rasa aku prefer dilukai dari melukai koot. Sesungguhnya aku ini ngek.

Tapi kekadang aku kesal kenapa aku macam nih. Kenapa aku takot sangat melukai, sedangkan aku bley jeh dilukai sesuka hati. hoh0oo.

Ada masa dan ketika aku rasa apa yang aku buat seolah keje gila. hahaa. Bencinya bler aku sentiasa mengawal segala cter dalam flow hidup aku nih.

Okeh. Now, biar jeh jalan cter hidup aku ikut flows yang bukan kawalan. Lets it be.

o0ooo.. No..aku tak suka rasa ini. Dah lah mata aku sebelah nih saket, berdenyut2. Bengkak bagai. hadoi.

Ditambah pula perisa yang tak sedap langsung nih. Saket jiwa raga aku tawu tak. Ngek!!..

Jadi, sebagai kesimpulannya aku berkempen kepada diri sendiri "SelfiShkan diri y0ook!!". huu~

.:tawu, tiada kunjungan dr orang itu lagi dah:.

Friday, December 24, 2010

kan best kalo cmtuh..

kan best kalo orang tu ley bce segala tersirat aku. segala kata-kata aku. tapi apa kan daya orang tu hanya mampu mentakrifkan tersurat aku sahaja.

walau bagaimanapun, aku masih bersyukur. bukan aku ini tidak bersyukur. cuma kadang-kala hati kecil ini seakan memberontak ingin dimengerti tersiratnya itu. tapi aku akur dengan apa yang terjadi kerana aku sendiri sedia maklum itu adalah suatu yang amat sukar dilakukan oleh orang itu.

sekarang aku kena dan perlu melawan sifat semulajadi ku kadang-kala. aku ini secara semulajadi adalah seorang yang suka berkata-kata di sebalik sesuatu. ada tersurat dan ada tersiratnya.aku ini terlalu cintakan privasi.

maka disebabkan perasaan kecintaan itu, aku sendiri telah terbiasa melempiaskan kata-kata di sebalik sesuatu dalam sesetengah perkara. huuu~

aku sendiri tidak mengerti mengapa aku lebih prefer begini. pada hal, hati ku sering sahaja memberontak ingin dimengerti. ingin ditafsiri segala tersiratku.huh!!..

seandai orang itu mengerti pasti hati kecil ini akan berlagu riang. heh. tapi itu adalah mustahil koot untuk masa ini, mungkin sepuluh taon akan datang orang itu bisa menafsir tersirat aku.

Thursday, December 23, 2010

mak ai!!..

mak ai, banyak dah ghupenye member seangkatan dolu2 dah nak kawen dan dah jadik tunangan orang. wo0oo~

tuh menandakan aku dah besar rupanya. baru ku sedar, next year aku dah 22 taon. tua dah. huhuu.

ala..tak ley dah maen2. nak maen lagi. nak maen. tak puas lagi maen. hahaha. ibu ayah tawu aku mencarut gni, mati kena ceramah. wakakaka~

hadoi. senanya kan, ati aku berbelah bagi. satu nak cpat jadik matang, sebelah lagi hati tak mahu tinggalkan alam kanak2 ini. hehehe~

tawu kenapa aku cepat nak jadik matang??..sebab aku nak ksi green lite kt dri sndri yang kononnya aku dah ley masuk alam perkahwinan. wakaka~

hakikatnya dan sesungguhnya aku belum ckup matang untuk melayari bahtera itu. belum ye kawan2. tapi hati mahu, sebab tak ske situasi begini. tak bpe ske pacaran dalam keadaan tidak officially ku miliknya dan dye milikku. huuu~

pastuh nak tawu kenapa sebelah hati lagi tak mahu tinggalkan alam kanak2. sebabnya aku ske maen. heheh. tapi skunk nih dah kurang sikit maen nye, dah tawu serius dalam hidup. kalo tak dulu, ikut ske ati aku jeh aku wat. heh~

tapi dalam keje aku serius ye. tapi tak bermaksud aku nih serius memanjang. heh. tapi kalo dalam wat keje dan bekerja ngan aku sila jangan maen2 sangat. maen bley, tapi jangan over limits eh. heh~

o0oo man..

aku btol2 dah jadik big gurl. tapi aku rse aku macam tak capai pape lah dalam hidup nih lagi. hrmmm. sesungguhnya cik Noor Farahin memang tak puas dengan hidupnya. ishk3~


~iklan~
Perbualan en. jurnal dan e'in..huuu~

"Hamboi, rancak nampak berblog."

"Eh..encik jurnal. heh. Bukan ape, saja hilangkan stress."


"Bila nak paham kan ape yang terkandung kat saya nih??"


"Ye2, jap eh..hadoi~"

So, conclusionnye aku setop dulu eh ntuk kali ini. Ada keje kena buat rupanya. Baru nak bersenang-lenang. hahaha. Pegi mimpi lah ko e'in nak bersenang-lenang konon. Selagi tesis belum dibukukan, itu semua hanya mimpi semata. Wuarrrghhh~ aku tensi tahap dewa.

tak peh, nti sok sampai ahad aku bebas jap. aku nak p holiday. hehe~ ;p