Friday, December 24, 2010

kan best kalo cmtuh..

kan best kalo orang tu ley bce segala tersirat aku. segala kata-kata aku. tapi apa kan daya orang tu hanya mampu mentakrifkan tersurat aku sahaja.

walau bagaimanapun, aku masih bersyukur. bukan aku ini tidak bersyukur. cuma kadang-kala hati kecil ini seakan memberontak ingin dimengerti tersiratnya itu. tapi aku akur dengan apa yang terjadi kerana aku sendiri sedia maklum itu adalah suatu yang amat sukar dilakukan oleh orang itu.

sekarang aku kena dan perlu melawan sifat semulajadi ku kadang-kala. aku ini secara semulajadi adalah seorang yang suka berkata-kata di sebalik sesuatu. ada tersurat dan ada tersiratnya.aku ini terlalu cintakan privasi.

maka disebabkan perasaan kecintaan itu, aku sendiri telah terbiasa melempiaskan kata-kata di sebalik sesuatu dalam sesetengah perkara. huuu~

aku sendiri tidak mengerti mengapa aku lebih prefer begini. pada hal, hati ku sering sahaja memberontak ingin dimengerti. ingin ditafsiri segala tersiratku.huh!!..

seandai orang itu mengerti pasti hati kecil ini akan berlagu riang. heh. tapi itu adalah mustahil koot untuk masa ini, mungkin sepuluh taon akan datang orang itu bisa menafsir tersirat aku.

No comments:

Post a Comment