Friday, December 17, 2010

Rindu & sayu....

Aku tiba-tiba rindu. Rindu akan mereka. Sekali lagi aku rindu yang teramat sangat. Namun, kali ini rindu yang aku rasa amat berlainan sekali. Kerna hati aku sayu sehingga ada air jernih jatuh. Sungguh aku rindu saat itu. Kenangan aku dan mereka.

Mereka adalah warna pertama aku di UKM ini. Kenal mereka buat aku seronok. Sangat sempoi. Sengal. Segala yang ntah pape lah. Macam-macam aktiviti dan juga konflik telah banyak kami lalui.

Sesungguhnya aku sangat-sangat merindui saat itu semua. Perangai gila dan gosip sana sini. Rindu sangat-sangat walaupun time tuh aku tak kenal lagi si dye aku. Aku seronok hidup dengan cara aku. Tapi yang jelasnya, dulu aku sangat suka main dengan hidup sendiri.

Mereka yang aku maksudkan adalah x-rumet aku, Dayah, Ema, Tkah, Elly & Faten. Tapi paling aku rindu adalah 3 yang hadapan tuh. Mereka lah rakan gosip aku dan ahli post-moterm yang paling smart & besh. Terbaek dari ladang lah. hehehe~

Sekarang, masa telah mengubah segala dan semua itu hanya tinggal kenangan. Mereka dan aku tidak serapat seperti dahulu. Aku berubah, mereka juga berubah dan akhirnya segalanya hanya tinggal kenangan buat aku kenang.

Maen masak-masak, tdo tak tutup pintu, gelak dan bergosip sampai ke pagi. Pastuh share cter dan perasaan. Jalan together-gether. Duk tepi jalan tunggu bas sama-sama hanya semata untuk pergi bazar ramadhan. Walau hujan, redah juga. Sungguh kepala batu semua.

Kalau balek dari shopping, mesti men test2 barang yang dibeli kat bilik aku (K5D 419). hahaha. Sungguh sengal. Tak sabar-sabar nak mengayakan, pastuh ada jeh tukang kritik. Beshnye. Rndu sangat.

Kebanyakan orang yang aku kenal mula-mula dulu dan rapat, sekarang hanya biasa-biasa sahaja denganku. Itulah hidup dan cerita hidup aku. Segalanya tak kusangka. Apa pun, aku merindui saat dan waktu itu. Sangat rindu. Tahap dewa koot sengal aku dulu. Macam-macam benda yang tak masuk akal aku buat. Ngek!!..

:: korang, aku rindu korang :: T_T

2 comments: