Thursday, March 22, 2012

MeReKa.

Assalamualaikum.

Kekok rasanya bila dah lama tak menulis cerita di sini. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat NYA kerana masih diberi kesempatan bernafas dan cuba menjadi manusia yang berguna untuk semua. InsyaALLAH.

Ermm..cerita hidup sangat berlainan. Aku berubah, keadaan sekeliling juga berubah. Kadang-kadang aku terasa rindu yang teramat sangat keadaan dahulu, pemikiran dahulu dan gaya dahulu. Tapi semua itu hanya tinggal kenangan. Hanya gambar dan memori sahaja yang dapat mengubat rasa rindu ini.

Aku kini lebih banyak menyendiri. Bekerja, bekerja, bekerja dan tido. Di hujung minggu sibuk dengan aktiviti luar. Sudah tidak berkesempatan untuk bersosial dengan kawan-kawan. Sedih sebenarnya bila tak dapat kesempatan itu, tapi bila fikirkan tanggungjawab dan juga masa depan sedih itu terpaksa aku buang jauh-jauh.

Semoga semua yang pernah ada dalam memori lalu hidup dengan baik di dalam redha-NYA.

*sayang rindu pasti akan hadir kerana mereka semua insan yang pernah buat diri ini tersenyum walau pun hanya seketika*

Saturday, March 10, 2012

baharu.

Baharu. Bukan baharu sebenarnya tetapi berubah. Keadaan sudah berubah. Hidup tidak semudah dahulu. Semakin banyak perkara perlu diambil kira. Aku sesak dengan realiti hidup ini.
Banyak sangat drama dunia, mungkin aku juga akan menjadi pelakon untuk pentas dunia ni tak lama lagi.

Susah bila ia berkait dengan hubungan sesama manusia. Payah dan mungkin juga mustahil untuk aku memenuhi semua kehendak dan citarasa mereka. Serabut. Tapi itulah hakikat dunia.

Ya ALLAH, kuatkanlah diri ini untuk menghadapi segalanya. Aku tahu ENGKAU menurunkan sesuatu itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Aku menganggap ujian dari MU ini adalah untuk mendidik kesabaranku ke tahap yang maksima. Semoga aku sentiasa berada di bawah payung lindungan MU ya ALLAH. amin.

*sabar itu keteguhan hati*

Saturday, February 18, 2012

kehidupan baharu

assalamualaikum.

lama rasanya aku tidak menulis di laman luahan rasa ini. sekarang ini, kehidupan makin mencabar dan masa semakin suntuk buat aku. entah kenapa aku memperihalkan ianya sedemikian rupa.

sekarang ini, aku bersama rumate sementara aku (zati). seronok juga bila dapat dan kenal dia semula, maksud aku berbual panjang. dia menarik. cara dia simple. aku suka sebab memberi aku inspirasi untuk memburu kehidupan yang tenang.

untuk sekarang ini, apa yang ada dalam kepala aku adalah nak habiskan pengajian secepat yang mungkin. semoga aku dipermudahkan segala urusan, amin.

sebenarnya, secara peribadinya aku akui perasaan gemar bermain makin terhakis dalam diri ini. mungkin selepas ini tiada lagi istilah main di dalam kamus hidup aku. entah kenapa, aku seolah rasa masa untuk aku singkat.

aku nak rasa semua nikmat dunia ini. paling aku nak adalah kasih sayang. nikmat teragung dan terindah. kemudian diikuti oleh sesuatu pencapaian yang mampu membuat aku rasa seronok dan bangga dengan diri sendiri. sehingga saat ini, aku hanya seorang yang biasa-biasa sahaja. tiada pencapaian yang boleh dibanggakan.

bila aku hidup di atas dasar kasih sayang, maka secara automatik aku akan menjadikan kasih sayang itu sebagai suatu keperluan dan kepentingan. membuat mereka bahagia, aku jua turut bahagia. cuma kadang-kadang aku gemar merungut kerana keinginan tidak terlaksana.

tetapi ALLAH itu maha adil, DIA tarik matahari dari aku tapi DIA gantikan suatu yang lebih indah iaitu pelangi buat aku. oleh kerana itu, aku perlu sentiasa ingat dan bersyukur kerana setiap jalan yang aku peroleh pasti tersimpul suatu yang berharga. bezanya sama ada aku dapat menilai ianya atau tidak. itu sahaja.

kesabaran adalah buah yang paling manis bagi suatu kehidupan. itu realiti. pegang sampai bila-bila ye e'in. :)

Sunday, December 11, 2011

Penafian

Penafian suatu penyeksaan.
Terseksa, bagai bernafas dalam lumpur.

Kenapa payah sangat untuk aku buat??
Kenapa gagal??
Mungkinkah aku perlu putus asa dan tinggalkan??

Sakitnya menahan.
Bencinya menafikan.
Siapa akan faham semua ini tanpa aku bicarakan dengan telus??

Suatu benda yang pasti, aku tidak suka akan penipuan.

Wednesday, November 30, 2011

kebenaran

Sekarang ini apa yang aku rasa adalah sakit. Tak tahu kenapa. Tak, sebenarnya aku tahu sebabnya tapi aku tak nak mengaku. Sumpah sakit. Tahan selagi boleh tahan.

"Cinta tak selalu bersama jodoh, tapi jodoh selalu bersama cinta".

Tuesday, October 11, 2011

itulah aku

cuba sedaya upaya menjadi yang terbaik. itu aku.

mampu suka dan gembira dengan segala yang diperoleh walaupun pada mulanya aku sedih yang melampau. itu juga adalah aku.

apabila aku suka dan mahu, aku beri sehabis dan sebaik mungkin mengikut kemampuan aku. itu aku.

mempunyai hati dan daya firasat yang agak kuat mengenai sesetengah perkara, sampai ada yang kata aku ajaib dan pelik. itu juga aku.

susah menerima teguran yang kasar daripada orang yang disayangi. itu aku.

soal hidup bagi aku urusan hati dan takdir, apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. itu kate aku.

hati sentiasa mendahului akal fikiran dalam sesetengah perkara. itu sememangnye aku.

mudah jatuh dan mampu bangkit semula setelah diri merasa cukup berada di bawah. itu juga aku.

sekali hati diberi, ia akan tetap kekal menjadi milik insan itu. itu aku.

suka menghindari orang yang menyakitinya secara tidak langsung. itu aku.

itulah antara aku dan diriku.. :)

Monday, August 1, 2011

Hakikat hidup.



"Jangan risau sekiranya tiada yang menghargai kita,
tapi mulalah untuk risau jika diri kita benar-benar tak b'harga"


"Sayangi diri untuk menyayangi orang lain"


"Belajar untuk sabar kerana sabar kunci kehidupan"


Teruskan berjalan e'in kerana perjalanan masih jauh. :)