Wednesday, November 3, 2010

tak semudah A B C..

tak semudah AbC. huh. hidup ini penuh ngan jalan. sebagai seorang peneroka, kte yang harus memilihnya.

begitu juga hati. tak semudah AbC ntuk aku menutur dan menzahirkan ape tersirat ak. bukan aku tak nak share, tapi untuk melakukan perkara itu aku perlu motivate diri aku ke arah itu.

normal. hidup adalah normal jika ada masalah. ia akan jadi abnormal bila tiada masalah langsung. tipulah kalo ada orang ttbe datang beritahu yang dye tak pernah ada masalah. serius itu satu penipuan dan penipuan adalah suatu yang salah secara lahiriahnya.

namun, segala yang berlaku pasti ada sebab. mungkin orang itu hendak melupakan masalah dengan belagak okeh sepanjang masa dan riang ria selalu. atau mungkin dye tidak reti untuk m'ekspress prasaan dye skaligus meluahkan ape yang dipendam.

serius payah. even dengan orang yang aku paling sayang dan rapat aku mengalami masalah ini. hati ini sangat nak luah, tapi kekadang tak terluah. kalo aku luahkan pun sebenarnya masih ada lagi yang aku simpan.

tapi aku rasa sekarang keadaan dan tahap luahan aku dah makin okeh.okezz lah berbanding dulu. dulu, teman share dan dapatkan pandangan hanya ibu. dan teman luah segala rasa diary dan teman yang bley tenangkan aku adalah majalah REMAJA dan novel-novel pilihan aku.

tuh jeh teman yang aku ada dulu. buhsankan hidup aku. tapi sebenarnya, sikit pun aku tak pernah rasa buhsan ngan kehidupan aku tuh. aku rasa bahagia kerana aku tak membebankan siapa-siapa. sebab tuh dulu aku akan pergi tiap kali ada pengacau dalam envi aku. huhu~

huu. pape pun aku bersyukur sangat kerana aku ada family yang paham dan concern ngan aku. den, aku jugak bersyukur kerana aku dipertemukan dan dikelilingi orang yang mampu buat aku rasa hidup ini banyak lagi perkara indah yang perlu diterokai.

saket macam mana pun. susah macam mana pun. payah macam mana pun, aku kena berani hadapi kenyataan hidup nih. kuat e'in. hidup ini hanya sekali, sekali ia berlalu, ia akan terus pergi. ia takkan berulang lagi.

selagi ada masa, gunakan sebaek mungkin nikmat yang diberikan. buat apa yang diri kau mahu. kejar. jangan pernah berhenti e'in.

dan untuk sekarang nih, aku tengah kuatkan diri untuk menghabiskan waktu senjaku sebagai mahasiswi UKM as a mariner. kuat e'in. tinggal sikit jeh lagi kau dah nak sampai garis penamat, penamat bagi miliki segulung ijazah.

berilah kekuatan kepada aku ya ALLAH.

sekarang aku rasa aku dah jadi sangat perempuan. aku dah tak blagak cam dulo2. ego pun dah kurang sekarang nih. dah ley kompromi ngan baek ngan berlainan spesies ngan aku. kalo tak, dulo haiy0oo. tak tawu nak cakaplah.

betul. makin lama kte makin matang, dan makin lama sifat dan ciri kewanitaan pasti akan terserlah juga, sebab cne pun aku tetap seorang gadis. hehe. geli wey gne word nih. eEerrkk~

sebagai kesimpulan dari aku, menzahirkan apa yang dirasa adalah tidak semudah AbC. perlukan banyak mende untuk pastikan ianya berlaku.


kerana HIDUP juga TAK SEMUDAH AbC..
(n_~)V

No comments:

Post a Comment