Wednesday, November 14, 2012

Hidup

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan menikmati nyawa dan segala kurniaan dariNYA. Aku bersyukur. Aku juga bersyukur aku dan keluarga dilindungi serta jauh dari musibah banjir, walaupun kawasan yang terlibat ketika ini hanyalah sekangkang kera dari kediamanku. Alhamdulillah.

Macam-macam telah terjadi, kenalan keluargaku yang pernah sama-sama dahulu pergi bercuti bersama kini telah pun pergi untuk selama-lamanya menghadap penciptanya. Macam tak percaya, perkara ini berlaku sekelip mata sahaja. Adik kecil yang aku kenal kira-kira 10 tahun dahulu, kini telah pergi menghadap ilahi.

Tazkirah di sini, sesungguhnya mati itu wajib untuk sekalian makhluk. Ianya juga tidak boleh dilengahkan, sekali nama jatuh dari  pepohon Arash Allah. Maka, sesungguhnya masa itu telah tiba. Semoga aku dan keluarga mati di dalam keadaan beriman kepada Mu ya ALLAH.

....

Tak kurang juga banyak kawan-kawan yang telah selamat menjadi isteri dan suami orang. Tahniah semua. Semoga kalian pandai mengemudi dan selamat pelayaran itu hingga ke akhirnya. 

Ada juga yang telah selamat melahirkan, status bertukar kepada "ibu" dan "ayah". Tahniah juga!! Salah satunya adalah kakak kepada si mok2 saya, alhamdulillah telah selamat melahirkan baby yang comey. Baby gurl mok2 kata. hehehe..Mok2 dah jadi poksuuu. hehehe.."ahjussi".. ;p

Harap nanti berkesempatan pergi ziarah baby dan mak baby tu. Mood masa tawu berita ni, super excited. hahaha.. Kalo sendiri yang beranak entah macam mana nanti agaknya. Super-triple excited koot. Semoga dipanjangkan umor, jodoh serta murahkan rezeki untuk merasa nikmat itu. :)

....

Akhirnya, tercapai keinginanku nak celebrate bufday ibu ayah kat Seoul Garden. hehehe.. Alhamdulillah. Semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Happy family outing day!! (11hb Nov 2012). Terima kasih ya Allah kerana dengar permintaanku. Makan superb!!berbaloi-baloi..hampir 3 jam +++ kat situ. hehehe..

Semua orang kenyang dan happy. Alhamdulillah. Saya sayang family saya. Love all of u till jannah, semoga di sana nanti kte masih lagi sebuah family.

....

Selama beberapa hari di rumah, tension saya betul-betul released. Saya betul-betul berusaha jauhkan fikiran dari kerja. Yes!Saya berjaya walaupun tak ada lah fully berjaya, tapi saya nak juga iktiraf yang saya berjaya. Jangan terlalu mengabdikan diri pada kerja, tak elok.Tak berbaloi pun. Hidup adalah untuk dinikmati.

Okey, hari ni tak dapat ke lab. Tak ada kawan mahu diajak berjalan sama. Ayah ibu dah banyak kali pesan "Jangan jalan sorang2, jangan jalan sorang2".. "Baiklah saya menurut perintah..."




Monday, November 5, 2012

susahnya

Assalamualaikum.

Entri kali ni aku nak cerita susahnya buat research yang tiada senior sebelum ni buat. Seksa. Rasa geram dan kekadang ada juga rasa dah malas dan tak mahu dah. Rasa nak hentikan semua ini. Okey, ini lakonan. hahaha.. Aku takkan dengan senangnya give up. Sorry eh.

Itu mukaddimah je, tak ada kena mengena sangat dengan entri kali ni.

Lately ni banyak sangat benda yang mencabar kesabaran dan memerlukan ketabahan yang tinggi untuk mengharunginya. Perlu cekal. Hidup masih panjang dan perlu diteruskan. Perlu kuat demi ibu ayah dan adik-adik yang memerlukan perhatian dan dorongan untuk mara ke hadapan.

Ya ALLAH.

...huh

Dulu aku pernah cakap aku mampu korbankan cita demi kasih. Tapi bila peluang itu datang depan mata, kenapa aku gusar dan hati jadi berbelah bagi. Perlukah aku ambil peluang ini dan letakkan hubungan dalam risiko?Aku percaya diri aku tetapi jika aku bertindak begini pasti akan melukakan hatinya.

Entahlah, dulu macam senang je aku nak cuba korbankan tapi sekarang aku rasa macam agak payah. Mungkin kerana peluang itu sudah ada depan mata, cuma tunggu masa untuk aku "grab".

Tapi akhirnya aku memilih pejamkan mata dan biar peluang itu berlalu pergi. Sedih.

Siapa pun aku selepas ini, semoga aku sentiasa dalam rahmatNYA. :)