Thursday, March 29, 2012

stress

Assalamualaikum.

Pertamanya aku mohon maaf kepada sesiapa yang aku tak mampu nak puaskan hati dan bantu sepenuhnya dalam apa jua pekerjaan. Aku suka membantu tapi apa kan daya diri ini tak mampu untuk puaskan hati semua pihak dalam satu masa.

Minggu ni minggu yang agak stress buat aku. Minggu ni nak hantar sampel, nak siapkan analisis saiz butiran ditambah dengan kelas. Lepas tu, dengan kerja sampingan aku uruskan orang dan melayan kerenah orang yang macam-macam. Otak aku kalut. Nak muntah.

Rasa macam akan kena xtend je. Tak mau, mau nangis boleh tak?huhu..

Walaupun aku tak pernah marah secara live tapi aku ini masih manusia, maka aku masih kenal erti marah. Tolong jangan ambil kesempatan bila aku bersabar dan terima saja apa yang korang buat. Aku diam, tak bermakna aku suka.huhu..

Dah lah aku tengah serabut fikir hal aku ni. Nak ditambah lagi dengan macam-macam. Nak muntah aku dibuatnya. Tolonglah hantar orang keliling yang memberi ketenangan dan keseronokan untuk aku teruskan hidup di sini, di dunia UKM ini.

Ya ALLAH, bantulah hamba MU ini. KAU kuatkanlah semangat hamba ya ALLAH. Berikanlah ketenangan dan keceriaan kepada hamba dalam menempuh hidup ini ya ALLAH. Ameen. :)

Thursday, March 22, 2012

MeReKa.

Assalamualaikum.

Kekok rasanya bila dah lama tak menulis cerita di sini. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat NYA kerana masih diberi kesempatan bernafas dan cuba menjadi manusia yang berguna untuk semua. InsyaALLAH.

Ermm..cerita hidup sangat berlainan. Aku berubah, keadaan sekeliling juga berubah. Kadang-kadang aku terasa rindu yang teramat sangat keadaan dahulu, pemikiran dahulu dan gaya dahulu. Tapi semua itu hanya tinggal kenangan. Hanya gambar dan memori sahaja yang dapat mengubat rasa rindu ini.

Aku kini lebih banyak menyendiri. Bekerja, bekerja, bekerja dan tido. Di hujung minggu sibuk dengan aktiviti luar. Sudah tidak berkesempatan untuk bersosial dengan kawan-kawan. Sedih sebenarnya bila tak dapat kesempatan itu, tapi bila fikirkan tanggungjawab dan juga masa depan sedih itu terpaksa aku buang jauh-jauh.

Semoga semua yang pernah ada dalam memori lalu hidup dengan baik di dalam redha-NYA.

*sayang rindu pasti akan hadir kerana mereka semua insan yang pernah buat diri ini tersenyum walau pun hanya seketika*

Saturday, March 10, 2012

baharu.

Baharu. Bukan baharu sebenarnya tetapi berubah. Keadaan sudah berubah. Hidup tidak semudah dahulu. Semakin banyak perkara perlu diambil kira. Aku sesak dengan realiti hidup ini.
Banyak sangat drama dunia, mungkin aku juga akan menjadi pelakon untuk pentas dunia ni tak lama lagi.

Susah bila ia berkait dengan hubungan sesama manusia. Payah dan mungkin juga mustahil untuk aku memenuhi semua kehendak dan citarasa mereka. Serabut. Tapi itulah hakikat dunia.

Ya ALLAH, kuatkanlah diri ini untuk menghadapi segalanya. Aku tahu ENGKAU menurunkan sesuatu itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Aku menganggap ujian dari MU ini adalah untuk mendidik kesabaranku ke tahap yang maksima. Semoga aku sentiasa berada di bawah payung lindungan MU ya ALLAH. amin.

*sabar itu keteguhan hati*