Saturday, February 18, 2012

kehidupan baharu

assalamualaikum.

lama rasanya aku tidak menulis di laman luahan rasa ini. sekarang ini, kehidupan makin mencabar dan masa semakin suntuk buat aku. entah kenapa aku memperihalkan ianya sedemikian rupa.

sekarang ini, aku bersama rumate sementara aku (zati). seronok juga bila dapat dan kenal dia semula, maksud aku berbual panjang. dia menarik. cara dia simple. aku suka sebab memberi aku inspirasi untuk memburu kehidupan yang tenang.

untuk sekarang ini, apa yang ada dalam kepala aku adalah nak habiskan pengajian secepat yang mungkin. semoga aku dipermudahkan segala urusan, amin.

sebenarnya, secara peribadinya aku akui perasaan gemar bermain makin terhakis dalam diri ini. mungkin selepas ini tiada lagi istilah main di dalam kamus hidup aku. entah kenapa, aku seolah rasa masa untuk aku singkat.

aku nak rasa semua nikmat dunia ini. paling aku nak adalah kasih sayang. nikmat teragung dan terindah. kemudian diikuti oleh sesuatu pencapaian yang mampu membuat aku rasa seronok dan bangga dengan diri sendiri. sehingga saat ini, aku hanya seorang yang biasa-biasa sahaja. tiada pencapaian yang boleh dibanggakan.

bila aku hidup di atas dasar kasih sayang, maka secara automatik aku akan menjadikan kasih sayang itu sebagai suatu keperluan dan kepentingan. membuat mereka bahagia, aku jua turut bahagia. cuma kadang-kadang aku gemar merungut kerana keinginan tidak terlaksana.

tetapi ALLAH itu maha adil, DIA tarik matahari dari aku tapi DIA gantikan suatu yang lebih indah iaitu pelangi buat aku. oleh kerana itu, aku perlu sentiasa ingat dan bersyukur kerana setiap jalan yang aku peroleh pasti tersimpul suatu yang berharga. bezanya sama ada aku dapat menilai ianya atau tidak. itu sahaja.

kesabaran adalah buah yang paling manis bagi suatu kehidupan. itu realiti. pegang sampai bila-bila ye e'in. :)